Sunday, December 27, 2020

SUKSES DI UNIVERSITI ANDA YANG TENTUKAN

 


Webinar yang bertajuk Sukes di Universiti Anda Yang Tentukan! Anjuran Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESITRA) dengan Kerjasama Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM (PMFST) diadakan untuk meningkatkan motivasi dan kerohanian para pelajar universiti terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Webinar ini diadakan pada tanggal 27 November 2020 jam 9 malam yang disampaikan oleh Da’i Imran Zaki.

Menurut beliau, kejayaan tidak hanya diukur dari segi markah yang kita dapat. Markah peperiksaan bukan menjadi pengukur atau tanda sukses seseorang. Walaupun begitu, orang yang sukses ialah orang yang beradab. Definisi bagi adab ini ialah adab ini merupakan satu tindakan yang diletakkan pada tempatnya dan kesan daripada adab ialah adil. Sebagai contoh, kita buang sampah. Apabila kita membuang sampah merata-rata, kita tidak berlaku adil. Adil ini tidak dapat dicapai kerana kita tidak beradab. Pilihan untuk sukses adalah pilihan diri masing-masing. Imam syafie berkata kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan enam perkara.

Perkara yang pertama yang disebut ialah intelek. Intelek ini dalam erti kata lain ialah cerdik. Cara untuk mendapat intelek ialah dengan buat latihan seperti membaca dan sebagainya. Kedua ialah semangat ingin tahu terhadap perkara-perkara baru. Perasaan inilah yang membuatkan kita sentiasa ada dalam landasan yang betul. Ketiga ialah bersungguh-sungguh. Kita kena bekerja keras dalam cara yang bijak. Keempat ialah masa. Kita perlu ada batas dari segi nak tahu perkara baru akan tetapi jangan sampai abaikan tanggungjawab sendiri. Sebagai contoh, disebabkan ingin tahu perkara-perkara yang lain seperti isu semasa, kita lupa untuk meluangkan masa untuk menimba ilmu. Kelima ialah sentiasa berdamping dengan guru. Dengan cara berdamping dengan guru, kita akan lebih mengetahui tentang sesuatu ilmu kerana guru merupakan orang yang arif dalam bidang tersebut. Keenam ialah waktu yang panjang. Waktu yang panjang ini bermaksud tempoh untuk menimba ilmu ini memakan masa yang panjang bagi kita menguasai ilmu tersebut.

Menurut penceramah, terdapat tips untuk menngetahui sama ada kita sudah menguasai asas sesuatu ilmu atau tidak. Terdapat 10 prinsip yang dinyatakan. Pertama ialah definisi. Seandainya kita boleh hurai tentang definisi, kita sudah mengetahui ilmu itu. Kedua ialah topik perbincangan. Kita kena tahu apa subtopik-subtopik yang ada dalam ilmu itu. Ketiga ialah faedah kita belajar ilmu tu. Kita kena tahu faedah belajar ilmu tersebut maka kita akan merasakan penting untuk belajar tentang ilmu tersebut. Keempat ialah nisbah. Nisbah ini bermaksud kita tahu bila masa untuk menggunakan ilmu tersebut. Kelima ialah pengasas. Kita kena tahu sejarah tentang ilmu tersebut. Keenam ialah terma-terma yang digunakan dalam ilmu tersebut. Ketujuh ialah sumber. Kita mesti tahu dari mana sumber-sumber ilmu tersebut boleh dirujuk. Kelapan ialah hukum. Apakah hukum kita mempelajari ilmu ini. Kesembilan ialah permasalahan. Terakhir ialah kelebihan perkara yang kita belajar.

Zaman di universiti adalah zaman yang kita mempunyai masa yang sangat banyak. Pada waktu ini, kita kena gunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu memilih rakan-rakan yang betul supaya kita tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif sewaktu peringkat di universiti ini. Ayat quran yang pertama ialah bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptanya. Ayat pertama yang diturunkan ini mengenai tuntutan untuk menuntut ilmu. Belajar itu mestilah niat kerana Allah. Sekiranya kita lakukan ini, kita akan menjadi lebih rendah diri. Ayat terakhir dalam surah tersebut ialah sujud kepada Allah. Hal ini menunjukkan apabila kita belajar kerana Allah, kita tidak akan menjadi sombong.

Konteks keberkatan ini bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Sebagai contoh ialah keberkatan masa. Masa yang ada dapat menyelesaikan banyak perkara. Cara untuk mendapat keberkatan ialah solat di awal waktu. Kedua ialah meletakkan ibu bapa sebagai keutamaan kita. Makna kejayaan ialah dapat menjadi hamba yang baik. Maksud kejayaan ini bukanlah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan semata-mata. Kejayaan ini tidak mempunyai sesuatu ukuran yang spesifik. Nasihat yang diberikan janganlah berlalu sesuatu hari itu tanpa kita membaca buku dengan membaca alquran. Membuat sesuatu itu mestilah niat kerana Allah supaya diberkati dan mejadikan kita sebagai seorang yang rendah diri.

Kesimpulannya, webinar ini sangat memberi manfaat kepada saya dalam pelbagai aspek. Webinar ini berupaya untuk memberi kesedaran tentang saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Selain itu, program ini juga mengajar saya untuk mengetahui sama ada saya sudah menguasai sesuatu ilmu itu ataupun tidak. Webinar ini sangat bagus dan program seperti ini seharusnya dikekalkan agar dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang lain.


No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...