Thursday, December 10, 2020

Axiety ? Apa itu ?

 Setiap makhluk yang bernyawa pasti disertakan bersama kejadian nya dengan emosi... Baik manusia baik haiwan pasti adalah emosi. Sedih, marah, seronok, duka, takut, ghairah dan sebagainya. Itu normal fitrah kejadian makhluk. Itu saja dah cukup menunjukkan kebesaran Allah sebagai pencipta.

Namun yang jadi masalahnya kepada pesakit gerd ini ialah kesukaran mengawal perasaan atau di panggil sebagai anxiety disorder atau panic disorder. Menurut pengalaman saya sebagai pesakit gerd dan anxiety, kita tak boleh "terlalu" suka, sedih, ghairah, takut sebab keadaan akan jadi tidak terkawal.
Sebagai contoh sesak nafas atau rasa sukar nak menelan Air liur mulalah pikir macam2, rasa nak mati, ajal dah nak sampai... Kreatif terlebih... Akhirnya diri sendiri yang susah.
Persoalan nya sekarang nak buat mcm mana ya?
Kalau ikut saya pengalaman yang tak seberapa ni, anxiety tak la teruk sangat cuma kena buang kerja ja. Apa yang saya buat ialah;
Kenal pasti masalah atau punca
Setiap masalah pasti ada punca. Bohong kalau anxiety tu datang secara tiba2 tanpa punca, setuju? Anxiety datang selepas sesak nafas itu dah terkemudian. Saya sangat percaya 5 tahun dulu at least, pasti ada sesuatu kejadian atau punca yang membuatkan hati anda membekas.
Boleh jadi kehilangan orang tersayang yang anda tak boleh terima, boleh jadi putus cinta, pasangan pi kawen dgn org lain, hutang along sampai Hari2 hidup dlam ketakutan, dendam dengan sesiapa yang tak dimaafkan atau memaafkan. Semua tu mendorong kepada hati yang tidak tenteram dan makin lama makin parah dan sampai masa nya "burst' there you go, anxiety.
Takut mati..
Ini yang paling Common sekali bagi pesakit gerd. Untuk yang Muslim ada dua yang perlu anda differentiate adakah anda takut mati sebab mmg banyak dosa dan masih belum bersedia nak bertemu dengan tuhan? ATAU takut mati sebab masih muda, tak puas enjoy, anak2 masih kecil, duit dlam bank belum banyak lagi, hutang masih banyak belum setel kalau mati susah la.
Pilih yang mana satu pilihan anda.
Kalau lah jawapan anda, takut mati akibat banyak dosa dan takut tak smpat bertaubat kerana mati itu bila2 masa, now check balik apa action kita sekarang dan response kita kepada "anxiety takut mati" tadi tu.
Cuba bayangkan satu scenario, seorang banduan akhir yang akan menjalani hukuman mati pada subuh esok hari. Pada malam sebelum tu adakah banduan tu akan duduk Relaks nyanyi pastu tidur, esok orang kejut terus bawak ke tempat jatuh hukuman? Atau bila dia tahu esok pagi dia akan mati, malam ni dia tak henti2 solat, taubat, mengaji, zikir, merintih supaya Allah ampun dosa2 dia yang lalu dan dia berhenti hanya apabila selesai dia jalani hukuman?
Kalau kita letak tempat kita mcm tu apa yang kita buat? Seriously pesakit gerd sama scenario mcm banduan akhir. Anxiety akan buat kita rasa akan mati bila2 masa.
Jadi kalau kita pilih utk dekat dengan Allah dan sesal segala dosa2 yang lalu sebab takut mati, maka anxiety anda adalah anxiety yang baik dan anda lakukan perkara yang betul.
Namun, kalau anda masih buat tak tahu, asyik takut mati, anxiety, panik attack menggelebah, tapi dosa dok buat juga, solat tak jaga juga, bukak Facebook masih nak jadi keyboard warrior, masih ada nafsu utk caci maki cari salah orang, solat fardhu yang dulu tinggal langsung takdak rasa nak qada Semula, please lah itu tanda nya anxiety anda hanya lah FAKE dan stop lah dari takut tak tentu hala, anda hanya buang masa. Kalau anxiety datang attack pun rileks la takda kesan.
Tuan puan sekalian, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran. Saya sangat percaya gerd dan anxiety yang kena pada kita adalah teguran dan pengajaran Allah kepada kita. Berapa banyak dosa yang kita dah buat dulu dan atas asbab sayang Allah pada kita dan tak mahu kita terus hanyut, maka Allah "ANUGERAH" pada kita sakit ini supaya kita sedar dan kembali kepada fitrah kehidupan sebenar.
Adakah kita lari dari fitrah kehidupan?
Dlam al Quran jelas Allah jadikan siang dan malam ada kegunaannya. Siang untuk kita mencari rezeki dan malam utk berehat. Tapi hidupkan manusia sekarang apa yang kita Lihat? Siang tidur malam berjaga, main bola sampai jam 2-3 pagi, makan berat lepak di kedai makan sehingga lewat malam awal pagi. Padahal pada waktu itu badan nak berehat, jantung juga nak berehat. Bila jantung dah memberontak dah tak tahan dengan kezaliman kita, maka dia direct report kat Allah.
Kena ingat anggota badan semua adalah pinjaman dan amanah dari Allah. Apabila amanah tidak dijaga dengan baik, maka Allah akan ambik balik. Faham tak?
Simple kan? Ada yang kata pelik tak? Tak masuk akal? Baik rujuk ayat Quran bila dibawa kita di depan Allah, mulut akan di kunci yang bercakap hanya tangan, kaki, dan yang lain2 yang jadi saksi kepada perbuatan kita. Logik kan?
Stress akan hal dunia...
Ya tidak dinafikan kehidupan zaman ini sangat mencabar. Serba serbi perlukan duit dan ekonomi sangat2 menghimpit dan memaksa kita utk kerja lebih masa dan lebih stress. Secara tak langsung akibat kan ketidakseimbangan antara tuntutan dunia dan akhirat. Tapi kalau nk difikirkan secara logik dan waras, kita kerja sangat kuat utk hidup paling lama pun 70 - 80 tahun lepas tu akhirnya mati tapi kita kurang kerja utk himpun harta bekalan utk akhirat yang kekal abadi. Secara tak langsung ruang kosong dlm hati kita mkin banyak dan banyak. Dan rohani tiada makanan akhirnya mati jiwa. Adakah kita waras dan bijak dlam berfikir? Itu tuan puan jawab sendiri.
Sebelum saya merepek lebih jauh.. Apa yang saya nak katakan ialah, anxiety ini boleh sembuh dengan;
1. Kembali kepada fitrah kejadian manusia
2. Ubah gaya hidup kita
3. Kembali dekat dengan Allah dengan agama. Isi hati kita yang kosong.
4. Maafkan dan lupakan segala kejadian yang terjadi kepada kita dulu. FORGIVE AND FORGET.
5. Elakkan pergaulan dengan surrounding yang negatif. Pilih kawan2 yang boleh tarik positive vibes kepada kita.
6. Cuci kolam jiwa tambah dengan amalan yang boleh tenteram kan jiwa.
7. Jaga Allah dan Rasul, pasti Allah akan jaga kita. Elakkan dari buat dosa.
8. Kalaulah ada hutang selesaikan.
9. Kalau masih ada mak ayah, mohon ampun dan maaf, khidmat yang terbaik utk mereka.
10. Mintak anak kecil doakan kita, doa mereka Allah tak tolak...
11. Lazimkan solat malam (tahajud) sangat berkesan utk rawat anxiety...
12. Sibuk kan diri dengan pekerjaan yang bermanfaat, cari hobi. Jgn tinggal sorang diri, syaitan mudah pengaruhi minda lemah.
13. Jangan lari dari masalah. Hadap lah dan usaha utk selesaikan, serah pada Allah insyaAllah akan tenang selepas itu.
Rumusanya ialah, anxiety perkara yang kita sangat takut ialah mati. Itu sahaja. MATI....
Tapi kalau kita faham betul2 mati tetap akan tiba. Sejauh mana pun kita lari, maut tetap datang. Fikir lah sampai Botak kepala pun mcmna nak lari dari maut, mati tetap akan datang, itu pasti.
Jadi buat apa nak fikir takut mati, lebih baik gunakan masa itu utk buat perkara lain. Banyak lagi kerja nak buat. Lebih baik fikir bagaimana nak mati bergaya. Matinya kita orang sebut2, orang rindui orang tangisi. Kita tinggalkan legasi dan nama baik, kita tinggalkan jasa dan budi baik supaya kita dapat pasif pahala dalam kubur. Itu yang patut kita fikirkan. Bukan duduk termenung fikir bila nak mati, takut mati tapi dah 2-3 tahun duduk saja tak mati2 juga, kan buang masa?
Harap dapat sedikit manfaat atas Perkongsian ini insyaAllah.....

No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...