Thursday, November 5, 2020

Cara Basuh Baju Dengan Betul

 Macam mana korang cuci pakaian? Sebenarnya, nak cuci baju ni pun ada tatacara dan tertibnya. Jadi, tak ada lah pakaian cepat rosak. Jadi, hari ni kami nak kongsi dengan korang cara nak mencuci pakaian dengan sempurna.

 

#1 Asingkan Pakaian Mengikut Warna

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurnaSebaiknya basuh lah baju mengikut warna. Elakkan basuh baju berwarna putih dengan baju berwarna lain. Takut nanti warna fabrik tu luntur, habis bertompok baju putih tu.

#2 Asingkan Pakaian Mengikut Berat

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Kalau korang nak basuh pakaian seeloknya basuh baju mengikut berat terutama sekali mereka yang menggunakan mesin basuh. Jangan sesekali basuh baju dengan seluar jeans kerana baju yang nipis akan mengembang.

#3 Baca Label Pada Pakaian Sebelum Basuh

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Setiap baju mempunyai label yang menunjukkan bagaimana pakaian tersebut seharusnya dicuci. Dekat label tu ada maklumat suhu air yang sesuai digunakan dan lain-lain lagi. Jadi, kalau nak baju korang tu tahan lama dan sentiasa cantik, elok lah baca label dulu sebelum basuh.

#4 Tanggalkan Segala Benda Yang Ada Pada Pakaian

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Seeloknya sebelum korang basuh pakaian tanggalkan pin, brooch atau benda-benda lain yang boleh merosakkan fabrik.

#5 Kosongkan Dan Kalih Keluarkan Poket

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Untuk seluar atau pakaian yang berpoket, seeloknya kosongkan dan keluarkan poket tersebut. Iya lah, kalau ada kertas dalam poket tu nanti tak memasal cebisan-cebisan kertas tu melekat pada pakaian. Satu hal pula nak buang, kan? Jadi, kosongkan dan keluarkan poket tersebut.

Ok, yang ni benda paling penting untuk memastikan basuhan korang sempurna. Kalau tak ada benda ni, basuh lah macam mana cara sekali pun, tetap tak akan sempurna.

Sabun! Ini bahan yang paling penting untuk pastikan pakaian korang dibasuh dengan sempurna. Carilah sabun yang berkualiti untuk dapat hasil yang berkualiti.

Selamat Mencuba
QimPrinting

No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...