Monday, November 9, 2020

Nasi Goreng Asrama

 


NASI GORENG ASRAMA

Kali ini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng asrama walaupun peralatan memasak tidak lengkap. Biasanya, kita hanya menggunakan rice cooker untuk memasak nasi,namun rice cooker ini juga mempunyai pelbagai kegunaan. Kali ini kita akan menggunakan rice cooker untuk memasak nasi goreng bujang.

Bahan - bahan


  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah( di potong halus)
  • 3 biji cili padi ( mengikut citarasa)
  • Ikan belis
  • 1 Biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap
  • 3 Cawan nasi


Cara -cara 


Panaskan rice cooker dan apabila panas masukkan minyak mengikut keperluan. Selepas itu, tumiskan bawang merah dan bawang putih. Jangan lupa masukkan ikan belis dan cili padi, gaulkan sehingga sebati dan ikan belis bertukar warna. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula secukup rasa.


Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biarkan telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng. 


Ok siap nasi goreng bujang kita. Tengok masak guna rice cooker pun boleh, selamat mencuba..




TADAA!!

No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...