Thursday, December 31, 2020

COVID-19 PEMBARAH KESIHATAN MENTAL

 




Covid-19 pembarah kesihatan mental merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Ehwal Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki (KAB). Panel jemputan bagi webinar ini ialah Dr. Hilwa binti Abdullah dan Encik Shaiful Bakri Bin Mohammad (kaunselor di unit kaunseling hal ehwal pelajar). Webinar ini dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama ialah kaitan kesan pelaksanaan pkp dengan pengurusan emosi dan mental mahasiswa.           

            Menurut dr hilwa, pkp ini telah dijalankan dalam tempoh yang sangat lama. Disebabkan hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan yang mendalam terhadap mental dan emosi mahasiswa. Persoalannya, apakah itu kesihatan mental? Kesihatan mental ialah keadaan kesejahteraan seseorang individu. Sekiranya kita mempunyai kesihatan mental yang baik, kita akan dapat melakukan pekerjaan dengan produktif. Bagi encik shaiful pula, pkp ini telah mengubah cara hidup seseorang atau lebih dikenali sebagai norma baharu. Dalam proses menyesuaikan diri dengan norma baharu inilah merupakan saat-saat dimana kesihatan mental seseorang itu terganggu. Untuk melihat prestasi kesihatan mental kita, kita perlu muhasabah diri kita. Kita perlu lihat dalam tempoh pkp ini, bagaimana cara kita berfungsi.

            Apakah perbezaan di antara kesihatan mental dan penyakit mental? Dr hilwa menerangkan perbezaan antara kedua-dua ini ialah penyakit mental bermaksud apabila seseorang itu mengalami gangguan mental dari segi perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan kita bertingkah laku luar norma yang diterima oleh masyarakat. Jadi, kita sebagai seorang sahabat yang baik mestilah ambil tahu tentang rakan kita atau menjadi lebih prihatin terhadap rakan kita. Sebelum webinar ini dilakukan questionnaire telah diedarkan. Berdasarkan analisis tersebut, kaum wanita lebih cenderung untuk mempunyai gangguan mental. Persoalannya, adakah kaum wanita itu memang secara semula jadinya lebih cenderung untuk mempunyai gangguan emosi berbanding dengan kaum lelaki. Menurut encik shaiful, gangguan emosi ini tidak cenderung terhadap sesuatu jantina sahaja. Gangguan emosi ini bergantung kepada pengalaman individu itu sendiri.

            Antara punca tekanan terhadap pelajar sewaktu PKP adalah persekitaran yang tidak kondusif, tidak mempunyai pencapaian internet dan pengurusan diri yang tidak baik. Menurut Dr Hilwa, sosial media menyumbang sangat besar dalam kecenderungan remaja terhadap kemurungan. Sesi kedua ini menerangkan cara-cara pelajar untuk menyesuaikan diri dalam sistem belajar atas talian. Encik Shaiful menyatakan sebagai seorang pelajar, kita mesti menerima situasi yang berlaku ini dengan hati yang terbuka. Kita mesti ambil sesuatu isu daripada sudut yang positif. Cara kedua ialah mengetahui isu-isu yang akan timbul. Sebagai contoh isu capaian internet. Jadi pelajar ini akan cuba untuk mengatasi masalah ini agar sebarang gangguan emosi dapat dielakkan. Ketiga ialah peranti elektronik. Keempat ialah tempat yang kondusif. Pelajar perlu rancang sesuatu untuk atasi masalah tempat yang tidak kondusif. Kelima ialah jadual. Pelajar wajib ada jadual supaya pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab dan akan lebih teratur. Dengan adanya jadual juga akan mengelakkan kita daripada melakukan kerja di akhir waktu. Ketujuh ialah persediaan awal sebelum kelas. Pelajar boleh belajar dahulu sebelum kelas berlangsung.

            Adakah serangan panik ini berkait dengan penyakit mental? Serangan panik ini merupakan salah satu cabang kecelaruan kebimbangan. Antara simptom serangan panik ini ialah berpeluh yang sangat kuat dan degupan jantung semakin laju. Setiap kecelaruan ini mempunyai simptom yang tersendiri. Dr hilwa juga memberi pesanan kita agar tidak terlalu bergantung kepada internet untuk mengetahui situasi kita kerana hal ini akan lebih memberi pelajar kebimbangan tentang diri mereka. Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil inisiatif bagi membantu mahasiswa terutamanya yang memerlukan bimbangan kaunseling menerusi platform atas talian seperti tiktok dan telegram. Encik Shaiful memberi pesanan kepada pelajar dimana mendapat pertolongan bukanlah bererti anda lemah. Pusat kajian psikologi juga menawarkan servis psikologi kepada pelajar-pelajar UKM. Servis ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar secara percuma. Hal ini menunjukkan UKM sangat prihatin terhadap kesihatan mental pelajar-pelajar. Dr Hilwa menyatakan kemurungan ini boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Kemurungan ini tidak mengenal siapa kita.

            Menurut Encik Shaiful, cara untuk atasi keinginan untuk cederakan diri adalah secara tersebut. Langkah pertama ialah mengenalpasti sama ada keinginan ini berlarutan. Kedua ialah dengan cara berkongsi tentang masalah yang kita hadapi. Terdapat banyak platform yang disediakan untuk berkongsi. Ubah stigma dimana merasakan berkongsi masalah itu sangat tidak macho. Ketiga ialah dengan memenuhkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti lain seperti bersukan dan sebagainya. Keempat ialah dengan elak untuk bersendirian kerana bersendirian ini lebih cenderung untuk berfikir secara berlebihan. Bagi pihak ketiga pula, antara cara untuk kita menolong kawan kita yang mempunyai keinginan mencederakan diri ini dengan lebih mengambil berat dengan rakan mereka.

            Kesimpulan bagi program ini, Covid-19 ini memberi kesan sedikit sebanyak terhadap kesihatan mental pelajar-pelajar. Kita sebagai pelajar perlu mencari alternatif untuk menangani masalah-masalah kesihatan mental ini. Pada pendapat saya, webinar mengenai isu-isu kesihatan mental ini sangat penting dan perlu dititik beratkan kerana isu ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Saya percaya ada dalam kalangan kenalan kita yang mempunyai masalah-masalah mental ini. Jadi, program seperti ini banyak membantu mangsa malah kita sebagai rakan untuk sama-sama menyelamatkan mereka yang memerlukan.


Sunday, December 27, 2020

SUKSES DI UNIVERSITI ANDA YANG TENTUKAN

 


Webinar yang bertajuk Sukes di Universiti Anda Yang Tentukan! Anjuran Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESITRA) dengan Kerjasama Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM (PMFST) diadakan untuk meningkatkan motivasi dan kerohanian para pelajar universiti terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Webinar ini diadakan pada tanggal 27 November 2020 jam 9 malam yang disampaikan oleh Da’i Imran Zaki.

Menurut beliau, kejayaan tidak hanya diukur dari segi markah yang kita dapat. Markah peperiksaan bukan menjadi pengukur atau tanda sukses seseorang. Walaupun begitu, orang yang sukses ialah orang yang beradab. Definisi bagi adab ini ialah adab ini merupakan satu tindakan yang diletakkan pada tempatnya dan kesan daripada adab ialah adil. Sebagai contoh, kita buang sampah. Apabila kita membuang sampah merata-rata, kita tidak berlaku adil. Adil ini tidak dapat dicapai kerana kita tidak beradab. Pilihan untuk sukses adalah pilihan diri masing-masing. Imam syafie berkata kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan enam perkara.

Perkara yang pertama yang disebut ialah intelek. Intelek ini dalam erti kata lain ialah cerdik. Cara untuk mendapat intelek ialah dengan buat latihan seperti membaca dan sebagainya. Kedua ialah semangat ingin tahu terhadap perkara-perkara baru. Perasaan inilah yang membuatkan kita sentiasa ada dalam landasan yang betul. Ketiga ialah bersungguh-sungguh. Kita kena bekerja keras dalam cara yang bijak. Keempat ialah masa. Kita perlu ada batas dari segi nak tahu perkara baru akan tetapi jangan sampai abaikan tanggungjawab sendiri. Sebagai contoh, disebabkan ingin tahu perkara-perkara yang lain seperti isu semasa, kita lupa untuk meluangkan masa untuk menimba ilmu. Kelima ialah sentiasa berdamping dengan guru. Dengan cara berdamping dengan guru, kita akan lebih mengetahui tentang sesuatu ilmu kerana guru merupakan orang yang arif dalam bidang tersebut. Keenam ialah waktu yang panjang. Waktu yang panjang ini bermaksud tempoh untuk menimba ilmu ini memakan masa yang panjang bagi kita menguasai ilmu tersebut.

Menurut penceramah, terdapat tips untuk menngetahui sama ada kita sudah menguasai asas sesuatu ilmu atau tidak. Terdapat 10 prinsip yang dinyatakan. Pertama ialah definisi. Seandainya kita boleh hurai tentang definisi, kita sudah mengetahui ilmu itu. Kedua ialah topik perbincangan. Kita kena tahu apa subtopik-subtopik yang ada dalam ilmu itu. Ketiga ialah faedah kita belajar ilmu tu. Kita kena tahu faedah belajar ilmu tersebut maka kita akan merasakan penting untuk belajar tentang ilmu tersebut. Keempat ialah nisbah. Nisbah ini bermaksud kita tahu bila masa untuk menggunakan ilmu tersebut. Kelima ialah pengasas. Kita kena tahu sejarah tentang ilmu tersebut. Keenam ialah terma-terma yang digunakan dalam ilmu tersebut. Ketujuh ialah sumber. Kita mesti tahu dari mana sumber-sumber ilmu tersebut boleh dirujuk. Kelapan ialah hukum. Apakah hukum kita mempelajari ilmu ini. Kesembilan ialah permasalahan. Terakhir ialah kelebihan perkara yang kita belajar.

Zaman di universiti adalah zaman yang kita mempunyai masa yang sangat banyak. Pada waktu ini, kita kena gunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu memilih rakan-rakan yang betul supaya kita tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif sewaktu peringkat di universiti ini. Ayat quran yang pertama ialah bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptanya. Ayat pertama yang diturunkan ini mengenai tuntutan untuk menuntut ilmu. Belajar itu mestilah niat kerana Allah. Sekiranya kita lakukan ini, kita akan menjadi lebih rendah diri. Ayat terakhir dalam surah tersebut ialah sujud kepada Allah. Hal ini menunjukkan apabila kita belajar kerana Allah, kita tidak akan menjadi sombong.

Konteks keberkatan ini bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Sebagai contoh ialah keberkatan masa. Masa yang ada dapat menyelesaikan banyak perkara. Cara untuk mendapat keberkatan ialah solat di awal waktu. Kedua ialah meletakkan ibu bapa sebagai keutamaan kita. Makna kejayaan ialah dapat menjadi hamba yang baik. Maksud kejayaan ini bukanlah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan semata-mata. Kejayaan ini tidak mempunyai sesuatu ukuran yang spesifik. Nasihat yang diberikan janganlah berlalu sesuatu hari itu tanpa kita membaca buku dengan membaca alquran. Membuat sesuatu itu mestilah niat kerana Allah supaya diberkati dan mejadikan kita sebagai seorang yang rendah diri.

Kesimpulannya, webinar ini sangat memberi manfaat kepada saya dalam pelbagai aspek. Webinar ini berupaya untuk memberi kesedaran tentang saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Selain itu, program ini juga mengajar saya untuk mengetahui sama ada saya sudah menguasai sesuatu ilmu itu ataupun tidak. Webinar ini sangat bagus dan program seperti ini seharusnya dikekalkan agar dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang lain.


Thursday, December 24, 2020

Mahasiswa Memimpin Sekadar Retororik?

 

Pada 4 Disember 2020 (Jumaat) telah diadakan satu perbincangan webinar tentang Terus Terang “Mahasiswa Memimpin Sekadar Retorik?” Webinar ini dikendalikan oleh seorang moderator dan tiga orang panel iaitu

1.      Yillson Yanggun (KMUKM),

2.      Qussiynur Yakin (Ikon Pelajar UKM)

3.      Farhan Khairuddin (Alumni UKM)

Moderator: Nur Riana Athina (Pelajar FUU UKM)

Antara soalan dan ulasan:

a)      Moderator: Bagaimanakah perbezaan politik dahulu dan sekarang bagi pendapat Farhan?

Farhan Khairuddin

-          Jauh perbezaan isu dahulu dan sekarang tetapi asasnya sama.

-          Pada zaman saya iaitu 2013, budaya politik UKM di mana-mana pelusuk adalah untuk berkempen tetapi pada zaman sekarang politik adalah untuk berhujah atau melontarkan idea dengan lebih mudah.

-          Mahasiswa perlu mempromosi budaya politik baru di luar kampus kerana kita golongan mahasiswa boleh membawa budaya ini kedepan

 

b)      Moderator: Apakah pengalaman Qussiynur menjadi Ikon Pelajar UKM di Kolej dalam konteks politik?

 

Qussiynur Yakin

 

-          Penglibatan pelajar dalam politik adalah penting selepas mereka bergraduasi. Mereka boleh menempatkan diri dalam keboleh pasaran kepada syarikat untuk mereka bekerja.

-          Apabila kita involve dengan kepimpinan, ia menyiapkan diri mahasiswa dan ia menjadikan mahasiswa mempunyai pakej ilmu dan pengalaman semasa menyertai program kepimpinan.

 

c)      Moderator: Apakah perkara yang berlaku apabila anda diangkat sebagai calon pilihan raya dan apakah perasaan anda?

 

Yillson Yanggun

 

-          Apabila melibatkan diri sebagai calon pilihan raya Sabah saya berfikir adakag saya boleh melakukannya atau tidak? Tetapi kawan-kawan menyakinkan saya bahawa saya boleh melalui pengalaman semasa pilihan raya kecil,

-          Saya tidak sangka kerana sebelum saya bergraduan, saya masih seorang pelajar tetapi terlibat dalam politik Sabah, ia berasa teruja kerana saya masih muda iaitu 23 tahun tetapi ia tidak meretakkan semangat saya.

-          Saya bukan tidak menang dalam pilihan raya Sabah tetapi sebenarnya saya belum menang.

 

d)      Moderator: Politik demokrasi semakin longgar, tanggungjawab anak muda perlu berpolitik atau anak muda bangun dan memberitahu ada cara lain yang lebih bagus untuk demokrasi. Apakah pendapat anda Farhan?

 

Farhan Khairuddin

 

-          Keadaan politik hari ini agak “confussion” apabila saya melibatkan diri dalam politik, saya belajar tentang demokrasi di mana politik demokrasi secara “real”.

-          Kerana itu apabila kita perlu mendaftar sebagai pengundi, kita perlu pergi. Anak muda perlu melibatkan diri dalam demokrasi kerana saya berada di KPT, peritus anak muda yang mendaftar mengundi adalah 13% hingga 15% sahaja.

-          Saya memegang semangat nasionalisme. Kita perlu membuat perubahan, kita mesti bergerak beramai-ramai. Jika kita membiarkan orang lain buat, kita letakkan nasib kita dekat orang lain.

-          Kita ada pegangan, kita perlu ada proses. Anak muda tidak boleh hanya mengikut shaja parti politik yang ada kerana kita akan tenggelam. Oleh itu, kita perlu ada ilmu dalam bidang yang sebegini.

 

e)      Moderator: Gerakan mahasiswa pada 60-an hingga 80-an mereka membawa suaa rakyat tetapi secara keras. Pada tahun 2000, mahasiswa semakin bijak, pada pendapat Qussiynur mengapa mahasiswa tidak mengikut Gerakan cara pada 80-an?

 

Qussiynur Yakin

 

-          Aktivis perjuangan mahasiswa mula pada 30-an.

-          1971, Akta Kolej Universiti di mana akata ini adalah untuk mengawal gerakan universiti yang di mana telah menyebabkan mahasiswa tertutup dan tidak seperti dahulu di mana dahulu mereka radikal dan aktif.

-          Tetapi, selepas  peredaran zaman, mahasiswa semakin sedar apa yang terbaik untuk diri kita.

-          Saya memberi peranan dan penglibaran yang maximum dalam universiti berbanding luar kerana saya mementingkan apa yang saya boleh dapat di dalam kampus.

f)       Moderator: Pandangan politik etnik untuk masa hadapan.


Yillson Yanggun


-          Pada pendapat saya, parti politik sudah tidak penting kerana apabila negara kita mempunyai perpaduan yang kuat.

-          Untuk masa sekarang parti politik etnik telah pun wujud.

-          Apabila wujud parti politik etnik, ia membuatkan kita berpecah. Jadi kita perlu mempunyai fikiran yang terbuka bahawa kitab oleh berpersatuan dengan bebas.

-          Siapa yang perlu memulakan gerakkan ini semua? Jawapannya adalah anak muda!

-          Sebagai contoh, politik etnik dan politik agama adalah tidak sama, jadi pembawakkannya jugak berbeza.

 

Soalan daripada penonton:

a)      Apakah pandangan anda jika pelajar tidak suka dengan kepimpinan?

 

-          Apa yang boleh dikatakan adalah kita perlu memimpin diri sendiri dahulu kerana ianya bermula dari diri kita.

-          Mereka yang tidak suka kepimpinan ini adalah berkemungkinan mereka tidak diberikan peluang untuk bersuara dan juga kurang pendedahan.

Sebagai contoh Kolej Pendeta Za’ba ada menganjurkan webinar Kita Bantu Sabah pada 20 November 2020 dan moderator webinar tersebut adalah pelajar tahun 1.

Sunday, December 20, 2020

Kesukarelawanan Kita Bantu Sabah

 


Pada 20 November 2020 (Jumaat) telah diadakan satu perbincangan webinar tentang Kesukarelawanan Kita Bantu Sabah. Webinar ini dikendalikan oleh seorang moderator dan seorang panel iaitu

1.      Encik Khairul Jamain (Pengasan “Impactive Malaysia Aktivis”)

Moderator: Nur Riana Athina (Pelajar FUU UKM)

 

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai komuniti laut yang berada di Sabah. Mengapa? Kerana komuniti laut ini agak sukar untuk mendapatkan peluang Pendidikan. Atas faktor apa perkara ini berlaku? Hal ini berlaku kerana ada beberapa masalah yang sukar untuk diselesaikan iaitu mereka tiada kad pengenalan dan isu yang ditekankan adalah pendidikan dan penindasan.

Mengikut panel iaitu Encik Khairul Jamain merupakan “backpackers” di mana beliau sangat berminat mengekplorasi cara hidup komuniti laut di Sabah. Seperti yang dinyatakan di atas komuniti laut ditindas bukan sahaja dari segi pendidikan sahaja, malahan dalam perubatan dan kesihatan.

Beliau sebahagian daripada pihak NGO yang berhasrat untuk membantu masyarakat komuniti laut ini melalui membina sekolah. Hal ini demikian kerana beliau dan pasukannya ingin mencari titik permulaan masyarakat komuniti laut ini untuk melonjak semula kehidupan mereka sekali gus untuk mengelakkan mereka daripada penindasan yang mereka hadapi.

Mengapa mereka mementingkan pendidikan ini kerana melalui pendidikan ekonomi Sabah akan meningkat naik. Oleh kerana itu, pasukan NGO mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mencari dana untuk membina sekolah, mencari tenaga pengajar, dana untuk makanan dan minuman, dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, komuniti bajau laut ini tidak sedar akan kepentingan pendidikan ini kerana mereka tiada pengetahuan tentang pendidikan. Sebagai contoh, antara kelapa dan buku, mereka akan memilih buku kerana mereka menganggap kelapa yang dipilih itu akan berguna untuk kelangsungan hidup mereka.

Terdapat beberapa soalan yang ditanyakan daripada pihak penonton tetapi apa yang paling diberikan penekanan adalah hal tentang NGO di mana menurut panel Khairul Jamain, kalau ingin menuntut ilmu, tuntutlah daripada orang lain kerana orang yang berilmu tidak sombong untuk memberikan ilmu. Selain itu, menuntu ilmu daripada orang lain juga membolehkan kita memperoleh bayak pengetahuan dan pengalaman. Untuk pengetahuan anda, Semporna dan Kenya mereka belajar dibawah pokok dan suasana membelajaran mereka sangat tidak selesa.

 

Selain itu juga, pihak NGO atau pasukan NGO panel, mereka ingin membina sekolah dan memberi makanan dan minuman juga. Walaupun mungkin lima orang pelajar sahaja, mereka tetap akan teruskan kerana mereka ingin meningkatkan dan mengasah semula sistem pendidikan mrereka yang mana sekali gus akan meningkatkan keadaan ekonomi mereka kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan.

Seterusnya, penonton juga bertanyakan kepada panel Khairul Jamain, apakah peranan siswa untuk melibatkan diri dalam kesukarelawanan? Jawapan panel adalah yang pertama, siswa perlu mempunyai kebebasan dari segi pemikiran untuk mendapatkan idea dan juga kebebasan masa. Kedua, perlu ada kemanusiaan untuk generasi yang akan datang. Sebagai contoh, jika plan A yang dirancang gagal, kita cuba membuat plan B. Apa yang dimaksudkan oleh panel adalah mahasiswa menunjukkan “humanity” untuk generasi yang akan datang. Ketiga, membantu komuniti dan tunjukkan sesuatu untuk masa hadapan. Yang terakhir mengangakt kemanusiaan untuk masa hadapan.

Secara ringkasnya, panel Khairul Jamain menekankan isu kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa kerana mahasiswa kebanyakkannya dari kalangan orang muda dan MUDA ITU SEJARAH.


Thursday, December 17, 2020

Tempahan Hari KKP FEP 2019 UKM

 


Pada tahun 2019, saya telah mendapat pangillan dari pelajar UKM bertanyakan tentang perkhidmatan syarikat QimPrinting untuk mencetak baju. Saya telah menerangkan jenis jenis percetakkan dan jenis baju yang terdapat di syarikat kami untuk dipilih mengikut kesesuaian bajet dan kualiti.

 Keesokkan harinya, saya telah berkunjung ke UKM untuk bertemu dengan pegawai yang berhubung dengan saya untuk memberi contoh baju dan kualiti cetakkan dari pihak kami. Dan pada masa itu juga pegawai tersebut telah bersetuju dan memnita kami untuk mencetak 200 helai baju untuk di pakai para peserta program tersebut.

 Selepas pihak kami menerima pesanan tempahan daripada pihak bendahari UKM, kami terus memulakan proses tempahan baju. Dalam masa 5 hari sahaja, pihak kami dapat menyipakan temapahan tersebut dan dapat menyiapkan sebelum tarikh yang dimaklumkan.



Sekiranya anda diluar sana berminat untuk menempah baju untuk program apa apa sahaja, boleh hubungi pihak kami di nombor telefon yang desidiakan dia atas ini. Kami juga akan memastikan kualiti dan hasil cetakkan dari pihak kami yang terbaik. Pelbagai pilihan baju boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda dan kemahuan anda.



Monday, December 14, 2020

Meguruskan Kelas Online

 Dunia dikejutkan dengan fenomena wabak Covid-19, menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diutuskan oleh kerajaan. Pengusaha tadika dan taska perlu ditutup, namun pada masa yang sama pembelajaran anak-anak perlu dilakukan.

Dalam waktu ini institut pengajian, dari tadika dan taska sehinggalah ke Institut Pengajian Tinggi diuji dengan kebolehan mereka mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.

Cabaran untuk semua adalah mengenal-pasti “digital readiness” masing-masing. Bersediakah tadika dan taska menjayakan pendidikan secara atas talian? Apakah strategi yang pengusaha dan guru-guru boleh lakukan untuk memastikan pembelajaran dilaksanakan seperti biasa?

Pengganti Zoom untuk video conference call

Untuk pengajaran dan pembelajaran untuk peringkat tinggi (Sekolah Menengah ke atas), pengajaran atas talian menggunakan kaedah remote learning : rakaman video, menggunakan perisian video-conference seperti Zoom, Google Hangout atau Microsoft Team boleh dilakukan.

Cabaran buat pengusaha tadika dan taska, pengajaran dilakukan kepada ibu-bapa untuk disampaikan kepada anak-anak mereka.

Guru-guru boleh memberi latihan harian dalam bentuk lembaran kerja atau video yang boleh ibu-bapa lakukan bersama anak-anak mereka. Untuk ibu-bapa yang mempunyai akses printer mereka boleh terus cetak latihan yang diberikan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses printer, ianya tidak menghalang untuk ibu-bapa melakukan latihan bersama anak-anak mereka. Mereka hanya perlu dapatkan kertas kosong dan salin semula latihan yang diberi sebelum diberikan kepada anak-anak mereka.

Penjaga seterusnya boleh berkongsi gambar hasil kerja mereka kepada guru, pastikan komunikasi secara dua hala diwujudkan antara guru -> penjaga -> guru semula.

Pembelajaran juga tidak semestinya berdasarkan lembaran kerja semata-mata, guru boleh berkongsi permainan berbentuk digital kepada ibu-bapa. Tidak dapat dinafikan, anak-anak akan menghabiskan masa bermain telefon ibu-bapa mereka, jadi guru-guru boleh berkongsikan video-video berbentuk pendidikan atau permainan berbentuk pendikan kepada ibu-bapa. Anak2U contohnya mempunyai aplikasi pendidikan Mari membaca dan Mari Membaca bacaan Solat dan Surah yang boleh dikongsikan kepada ibu-bapa.

Guru-guru mungkin boleh memberi tips kepada ibu-bapa untuk semak perkembangan anak-anak mereka. Contohnya untuk anak-anak 3 ke 4 tahun mungkin guru-guru boleh berkongsi senarai semak dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan

Cabaran seterusnya adalah mencari medium yang sesuai untuk komunikasi yang berkesan. Contohnya jikalau komunikasi menggunakan Whatsapp, adakah ia benar-benar berkesan? Video yang dikongsi mungkin bersaiz besar, ibu-bapa mungkin akan mempunyai soalan-soalan yang berkaitan menyebabkan komunikasi awal terganggu.

Anak2U merupakan salah satu cara untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga secara atas talian. Dengan Anak2U guru boleh berkomunikasi dengan penjaga sepanjang tempoh kawalan pergerakan, dan seterusnya boleh digunakan setelah tamat tempoh PKP.

  1. Perkongsian pengumuman video dan latihan secara digital kepada ibu-bapa.
  2. Bagi guru yang tidak mempunyai akses ke bahan bantuan mengajar, guru boleh memilih dari latihan bertema Anak2U. Terdapat lebih dari 100++ latihan bertema terdapat di dalam aplikasi.
  3. Anak2U juga mempunyai latihan-latihan yang disediakan oleh partner kami, seperti LearningboxKids yang mempunyai latihan menggunakan sistem UK English.
  4. Komunikasi mudah dari guru ke penjaga dan seterusnya penjaga ke guru semula.

Tambahan pula, bagi membantu tadika dan taska yang terkesan dengan PKP, Anak2U memberi penggunaan percuma sepanjang tempoh PKP.

Apa yang penting juga ialah pengusaha taska dan tadika meneruskan proses digitalisasi taska dan tadika selepas tempoh PKP. Contoh laporan-laporan pelajar, pengumuman, bil dan invois boleh dijalankan secara atas talian dan menggunakan sistem dan aplikasi.

Ia dapat mengurangkan kos, contoh kos buku log, kos buku laporan, resit malah pengurusan lebih efisien.

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...