Friday, October 16, 2020

Jenis - Jenis Baju Tshirt

 Zaman sekarang ni, jika anda ingin melakukan apa-apa program seperti sukarelawan, gotong-royong, majlis perkahwinan, pasti akan ada idea untuk mencetak t-shirt bagi tujuan tersebut. Pengalaman saya semasa zaman belajar dulu pun, t-shirt salah satu benda yang akan diminta dalam mana-mana program. Ia ibarat lambang kenangan sesuatu event. Namun, untuk menghasilkan sulaman atau kualiti printing yang baik, anda harus bijak memilih jenis kain yang sesuai. Berikut merupakan 4 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri t-shirt printing.

 

 

 

 

Yang paling popular ialah cotton 100%. Seperti yang umum sedia maklum, kain jenis ini tidak panas, senang menyerap peluh dan selesa dipakai. Tapi ada ia ada dua kelemahan iaitu cepat mengembang dan juga mudah luntur warnanya dibawah cahaya matahari. Sifat ini membuatkan cotton 100% tak tahan lama. Disebabkan iklim di Malaysia ni agak panas, kain jenis cotton ini sesuai dipakai bila-bila masa. Sesuai untuk menghasilkan pakaian sukan.

 

 

Yang kedua ialah Lacoste atau CVC. Ia merupakan campuran polister dan juga cotton. Berbanding dengan cotton, material lacoste lebih tahan kerana tidak mudah mengembang dan berkedut. Tetapi kain sedikit kurang selesa dipakai kerana panas dan tidak menyerap peluh. Ia lebih sesuai untuk t-shirt formal dan baju berkolar.

 

 

Jika anda mempunyai bajet yang rendah, anda boleh memilih kain dari jenis tetra cotton ataupun dikenali sebagai TC. Seperti juga Lacoste, kain ini lebih panas dan tidak menyerap peluh. Kain ini digunakan secara meluas untuk menghasilkan t-shirt muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, t-shirt sukan dan sebagainya.

 

 

 

 

Jenis keempat yang popular di Malaysia ialah Micro Fibre. Kain jenis ini lebih mahal berbanding dengan kain cotton, lacoste mahupun TC. Materialnya 3 kali ganda lebih halus daripada cotton dan yang paling penting ia selesa dipakai dan tidak mudah mengembang. Walaupun tidak menyerap peluh, namun, kain jenis ini cepat kering dan ringan. Amat sesuai digunanakan untuk aktiviti lasak seperti berekriasi dan juga untuk menghasilkan jersi bola.

 

 

 

 

 

Jadi sebelum menempah t-shirt, anda boleh fikirkan dahulu jenis kain yang sesuai dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Harganya juga berbeza-beza mengikut jenis kain. Untuk memudahkan anda membuat sebarang keputusan, anda juga boleh berbincang dengan syarikat printing bagi mendapatkan khidmat nasihat.

No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...