Thursday, October 29, 2020

5 TIPS MENJAGA PAKAIAN BERWARNA



Assalamualaikum semua

Hari ni QimPrinting nak share 5 tips untuk menjaga pakaian berwarna,

Ha….lepas ni boleh cuba tips- tips ni ya 🙂

1) ✔BACA PETUNJUK DARI LABEL
.
Perlu baca label baju dahulu untuk tahu bagaimana baju tersebut dicuci, adakah boleh dicuci menggunakan mesin basuh atau hanya cucian tangan.
.
2) ✔GUNAKAN SABUN BASUH YANG SESUAI DENGAN PAKAIAN BERWARNA
.
Perlu memilih detergent yang sesuai dengan pakaian agar warna pakaian tidak luntur. Dan paling penting sekali elakkan guna peluntur walau kotoran yang ada susah untuk ditanggalkan dengan sabun basuh biasa.
.
3) ✔KELUARKAN BAJU BAHAGIAN DALAM KELUAR
.
Cara ini akan bantu untuk elakkan pemudaran pada pakaian berwarna kerana bila baju ini dicuci, ia akan megurangkan kerosakan pada bahagian luar baju. Bila dijemur bahagian luar warna terlindung dari cahaya matahari secara terus
.
4) ✔CUCI DENGAN AIR SEJUK
.
Cuci pakaian berwarna dengan air sejuk bukan air panas kerana air panas akan mempercepatkan pemudaran warna pada pakaian. Tak perlu risau jika kotoran tidak hilang kerana banyak detergent yang boleh menghilangkan kotoran degil terutama sekali pada pakaian berwarna.
.
5) ✔GUNAKAN CUKA
.
Cuka dapat mengunci warna pakaian agar tidak mudah luntur. caranya rendamlah pakaian anda dalam larutan 2 senduk cuka sebelum mencuci
.
Semoga ianya BERMANFAAT buat FANS QAISARAH ðŸ™‚

 
 
 

Sunday, October 25, 2020

Panduan Warna Pakaian Harian

 

Panduan Warna Pakaian Harian


Adakah anda sering mengalami kebuntuan dlm memilih pakaian yg hendak di gayakan setiap hari?

Di sini sy ingin berkongsi sedikit tips warna pakaian mengikut hari.. Dan mengapa warna itu sesuai..?

Bila dh nmpk warna dah nmpk pilihan baju yg ada... Jd boleh short list kan pilihan..


Setiap warna mempunyai pilihan tona gelap sehingga tona cerah..


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT


  1. Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklet dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.

  1. Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard org Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu gitu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam. 

  1. Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.  



Semoga panduan warna ini dapat membantu anda memilih warna pakaian yg sesuai..

Saturday, October 24, 2020

Apa itu Sublimation ?

Yang ni satu Teknik yang mana ia gunakan haba untuk pindahkan imej/design dari kertas sublimation atau kertas inkjet. Pastu, kertas akan ditekap kat produk yang nak diprint tu dan nak tekap tu pakai mesin sublimation ye bussku. Untuk info, mesin ni mahal ye guys, lepasla kalau nak beli paniagale cash, cash ye bukan hutang dan mungkin ada balance lagi kot.

Untuk makluman korang, tak semua boleh guna Teknik ni. Teknik ni hanya boleh digunakan bila dicetak kat satu permukaan khas yang dipanggil coating. Hahaha dah Panjang pulak. Sambung sikit lagi, benda yang nama coating la yang bagi boleh Nampak imej yang dicetak tu,kalau tak, tak boleh Nampak imej atau design tu.

Kebiasaannya, baju sublimation ni orang buat untuk baju pasukan bola sepak. Tetapi, pada masa kini ia sudah menjadi trend dikalangan pengguna untuk buat baju sublimation untuk acara apa apa sahaja. Ini juga kerana baju sublimation ini kita boleh buat reka bentuk sendiri baju tanpa had.

Sekian dari QimPrinting,untuk pencerahan berkenaan dengan sublimation ini. Dekat bawah ini anda boleh lihat hasil baju sublimation dari kedai kami.













Tuesday, October 20, 2020

5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Beli Baju Bundle!

 Ramai Yang Tertipu & Ditindas Semasa Membeli Baju Bundle!


Sejak akhir ini kita dapat lihat dimana sahaja kedai bundle yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana kajian telah dijalankan oleh beberapa pihak pengkaji ekonomi di Malaysia membuktikan bisnes bundle adalah satu platform bisnes yang dapat menjana pendapatan tinggi dek kerana ekonomi negara yang kurang stabil pada masa kini.


Seiring dengan kemajuan industri bundle yang mencapai tahap antarabangsa ini, ramai peminat bundle dari setiap pelusuk tanah air kian memahami apa erti dan nilai sebenar sesuatu item yang dijual. Penggemar bundle terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah 'collectors', peniaga bundle online dan pembeli biasa.

Disini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda yang mungkin baru saja cuba untuk menceburi bidang ini. Ternyata ia bukanlah sekadar hobi dan minat, ia juga dapat menjana pendapatan sehingga ada yang menjadi Peniaga Bundle Online sepenuh masa.

No1. Pastikan Apa Brand dan Corak yang Anda Minat


Terdapat banyak baju-baju yang berjenama yang semestinya anda tidak mampu untuk membelinya di butik atau pasaraya. Dengan mendapatkannya di kedai bundle, anda boleh membelinya dengan harga berlipat kali ganda jauh lebih murah. 

Macam mana nak tahu brand tersebut mempunyai tinggi nilainya?
Anda boleh terus search di google dan cuba lihat harga jualan pasarannya. Anda juga boleh buat research terlebih dahulu di website official brand tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah keistimewaan & kemewahan yang ada pada brand tersebut.



Tak Semestinya Made in USA saja yang mempunyai nilai harga yang tinggi. Barangan buatan Jepun, German, France, Italy juga tidak kurang hebatnya.

Nilai setiap Brand tersebut tinggi berkemungkinan dipengaruhi oleh kualiti fabrik, cara pembuatan, teknik jahitan, keluaran terhad (Limited Edition) dan sebagainya.

Corak yang menarik tidak dinafikan dapat menarik mata kepada si pemakai. Malah ianya juga berkemungkinan Rare dan susah untuk didapati. Pastikan corak-corak yang ada tidak berunsur perkara yang tidak senonoh, menjolok mata dan tidak bertentangan dengan agama.

 

No2. Check Tag Brand


Hal ini cukup sinonim dengan peminat bundle khususnya yang betul-betul mendalami Brand yang diminati. Tag Baju atau Tag Brand di setiap baju perlu diambil kira sebelum kita membeli untuk memastikan item itu benar-benar original!

Kebiasaan nya tag baju terletak di leher atau di sisi bawah baju. Anda perlu pastikan ianya betul-betul menepati spec seperti yang tulen/original.

Seperti yang kita tahu, brand-brand ternama kerap di-copy oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijual pada harga yang lebih murah daripada yang original. Jangan terkejut jika mereka dapat tiru 97% sama macam original!

Bagi Peminat item Vintage pula, tag untuk brand baju ini kadang kala berubah mengikut peredaran tahun. seperti sesetengah tag ada yang berubah design, warna, bentuk dan sebagainya

Dibawah adalah contoh-contoh tag yang berubah mengikut peredaran zaman & era.




 

No3. Check Jahitan

 


Bagi Peminat item Vintage, jahitan pada baju juga diambil kira sebelum mereka membelinya. Jahitan yang saya maksudkan adalah jahitan di lengan, bahu, bawah baju, jahitan ketiak, tengkuk dan sebagainya.

Kebiasaannya jahitan lengan dan bawah terbahagi kepada 2 iaitu Single Stitch dan Double Stitch. Perbezaannya adalah satu line jahitan atau dua line jahitan. 

Kebiasaannya baju di era awal 90an ke bawah mempunyai jahitan single stitch. Single stitch juga terdapat beberapa pattern yang dapat membezakan negara pembuatannya sama ada made in USA atau made in Japan dan sebagainya.
Jahitan tulang tepi baju juga seringkali diambil kira oleh mereka yang betul-betul mendalami item vintage. Kebiasaannya baju vintage tidak mempunyai tulang tepi tapi jangan kata yang ada tulang tepi tak vintage pulak! Ada juga item vintage yang mempunyai tulang tepi atau jahitan disisi baju.

No4. Check Jenis Fabrik & Kondisi

Sebelum anda membeli, pastikan jenis fabrik untuk item tersebut. Jika tshirt di Malaysia, kebiasaannya nilai fabrik 50% Cotton 50% Polyester atau lebih dikenali dengan 'Kain 5050' lebih tinggi nilainya berbanding 100% Cotton.

Perkara ini dapat dipastikan melalui info yang diletakkan pada tag baju tersebut. Kalau yang dah betul-betul berpengalaman, pegang kain pun dah tau kain 100 or kain 5050. Hebat kan!

Ni contoh nya..



No.5 Check Harga Market & Pasaran Sebelum Membeli!

 

Akhir sekali dan paling penting, jangan mudah terburu-buru untuk membayar sebelum anda periksa semua detail di atas!

Yang paling penting pastikan anda periksa harga market sebelum membeli. Jangan Main Bayar Je! Harga Mahal Tak Semestinya Rare!

Adalah lebih baik untuk bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih arif untuk menilai sesuatu item samaada berpadanan atau tidak dengan harga yang diletakkan.

TAPI

Kalau anda rasa berbaloi dengan harga tersebut, beli saja. nanti balik termimpi-mimpi pulak!


Friday, October 16, 2020

Jenis - Jenis Baju Tshirt

 Zaman sekarang ni, jika anda ingin melakukan apa-apa program seperti sukarelawan, gotong-royong, majlis perkahwinan, pasti akan ada idea untuk mencetak t-shirt bagi tujuan tersebut. Pengalaman saya semasa zaman belajar dulu pun, t-shirt salah satu benda yang akan diminta dalam mana-mana program. Ia ibarat lambang kenangan sesuatu event. Namun, untuk menghasilkan sulaman atau kualiti printing yang baik, anda harus bijak memilih jenis kain yang sesuai. Berikut merupakan 4 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri t-shirt printing.

 

 

 

 

Yang paling popular ialah cotton 100%. Seperti yang umum sedia maklum, kain jenis ini tidak panas, senang menyerap peluh dan selesa dipakai. Tapi ada ia ada dua kelemahan iaitu cepat mengembang dan juga mudah luntur warnanya dibawah cahaya matahari. Sifat ini membuatkan cotton 100% tak tahan lama. Disebabkan iklim di Malaysia ni agak panas, kain jenis cotton ini sesuai dipakai bila-bila masa. Sesuai untuk menghasilkan pakaian sukan.

 

 

Yang kedua ialah Lacoste atau CVC. Ia merupakan campuran polister dan juga cotton. Berbanding dengan cotton, material lacoste lebih tahan kerana tidak mudah mengembang dan berkedut. Tetapi kain sedikit kurang selesa dipakai kerana panas dan tidak menyerap peluh. Ia lebih sesuai untuk t-shirt formal dan baju berkolar.

 

 

Jika anda mempunyai bajet yang rendah, anda boleh memilih kain dari jenis tetra cotton ataupun dikenali sebagai TC. Seperti juga Lacoste, kain ini lebih panas dan tidak menyerap peluh. Kain ini digunakan secara meluas untuk menghasilkan t-shirt muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, t-shirt sukan dan sebagainya.

 

 

 

 

Jenis keempat yang popular di Malaysia ialah Micro Fibre. Kain jenis ini lebih mahal berbanding dengan kain cotton, lacoste mahupun TC. Materialnya 3 kali ganda lebih halus daripada cotton dan yang paling penting ia selesa dipakai dan tidak mudah mengembang. Walaupun tidak menyerap peluh, namun, kain jenis ini cepat kering dan ringan. Amat sesuai digunanakan untuk aktiviti lasak seperti berekriasi dan juga untuk menghasilkan jersi bola.

 

 

 

 

 

Jadi sebelum menempah t-shirt, anda boleh fikirkan dahulu jenis kain yang sesuai dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Harganya juga berbeza-beza mengikut jenis kain. Untuk memudahkan anda membuat sebarang keputusan, anda juga boleh berbincang dengan syarikat printing bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Tuesday, October 13, 2020

Percetakan Skrin ( Silk screen)



Ini mungkin adalah kaedah yang paling biasa digunakan untuk percetakan t-shirt oleh kebanyakan pencetak. Kaedah ini menggunakan skrin untuk meletakkan dakwat ke dalam baju.  Setiap skrin menggunakan satu warna tunggal. Jadi, untuk custom t-shirt dimana reka bentuknya mempunyai 4 warna, kaedah ini akan memerlukan 4 skrin yang berasingan. Oleh itu, teknik ini amat tidak sesuai untuk reka bentuk yang sangat kompleks dan pelbagai warna.

Dalam industri pakaian zaman ini, skrin yang ketat akan diadakan mesh nilon. Pada zaman dahulu, sutera sebenarnya digunakan. Inilah sebabnya percetakan skrin adalah juga dikenali sebagai percetakan skrin sutera. Faedah percetakan skrin gunakan cara ini adalah bahawa anda mendapatkan t-shirt yang berkualiti tinggi dan kelihatan profesional. T-shirt Yang dicetak gunakan proses percetakan skrin juga akan kelihatan kemas dan menarik. Ia sangat tahan lasak dan kos efisien untuk belian yang jumlahnya cukup tinggi.

 

Untuk belian yang amat rendah bilangannya, contohnya satu atau dua helai saja, percetakan skrin adalah tidak sesuai. Kaedah percetakan ini mempunyai kos persediaan tertentu, yang bergantung kepada jumlah warna yang dikandungi dalam reka bentuk. Jika cetakan dilakukan pada t-shirt yang berwarna hitam, ini akan perlukan reka bentuk dicetak atas sesuatu asas yang berwarna putih.


Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...