Thursday, January 21, 2021

Tempajan Baju Coway

 


 Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untuk acaran hari keluarga dan majlis tertentu. Pemilihan reka bentuk baju juga mahu yang boleh reka bentu sendiri dan susuai untuk aktiviti bersukan. Kami terus menyarankan untuk membuat "full sublimation".

Pada yang belum tahu, "full sublimation" ini adalah jenis percetakkan baju yang tengah mendapat sambutan permintaan yang tinggi pada masa kini. Kelebihannya ialah, reka bentuk baju boleh mengikut apa sahaja dan dimahukan dan warna apa sahaja juga boleh dicetak. Dengan pelbagai jenis kain yang kami tawarkan, membuatkan pelanggan dapat mempunyai banyak pilihan.

Dalam masa 10 hari sahaja, kami berjaya menyiapkan tempahan baju coway ini. Alhadulillah, pelanggan sangat berpuas hati dan siap minta untuk buat tambahan bau lagi. Apaila kami mendengar maklum balas yang positif macam ini, semestinya kami turut suka dan berterima kasih pada pelanggan kami kerana mempercayai servis perkhidmatan percetakkan baju dari Qimprinting.

Anda diluar sana jangan tunggu lagi, mari buat tempahan baju dengan kami. InsyaAllah kami akan memberi layan yang baik dan kualiti yang sangat memuaskan. Harga juga kami akan pastikan berbaloi dengan hasil yang diberikan. Hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut.


Sunday, January 17, 2021

Langkah Pengawalan Covid 19

 

PENYAKIT paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.

Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa kepada virus itu.

Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut.

Pertama: Lakukan Saringan

Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

Kedua: Kuarantin diri

Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.

Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.

Ketiga: Memakai topeng muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.

Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’

Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.

Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.

Keenam: Jaga jarak 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah.

Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.

Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah selama 14 hari sahaja.

Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal. Bayangkan kita akan berpuasa tidak lama lagi, bagaimana rutin berpuasa di siang hari dalam keadaan tidak selamat dan bagaimana pula hendak berterawih pada malam hari sedangkan masjid ditutup seperti sekarang.

Bayangkan juga bagaimana kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sekiranya wabak ini masih tidak ditangani dengan baik. Tiada kemeriahan dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan kita semua kekal berada di dalam rumah semasa Hari Raya.

Pilihan di tangan anda!

Thursday, January 14, 2021

Covid 19

 


Covid-19 merupakan nama penyakit yang disebabkan virus corona atau virus SARS-CoV-2. Infeksi virus ini disebut COVID-19 dan pertama kali ditemukan di kota Wuhan, Cina, pada akhir Desember 2019. Virus ini menular dengan cepat dan telah menyebar ke wilayah lain di Cina dan ke beberapa negara, termasuk Indonesia. Bahkan berdasarkan data terbaru dari COVID19.GO.ID, saat ini di Indonesia terdapat kasus Positif Covid-19 sebanyak 514 orang, Meninggal sebanyak 48 orang dan Sembuh sebanyak 29 orang.

Coronavirus adalah kumpulan virus yang bisa menginfeksi sistem pernapasan. Pada banyak kasus, virus ini hanya menyebabkan infeksi pernapasan ringan, seperti flu. Namun, virus ini juga bisa menyebabkan infeksi pernapasan berat, seperti infeksi paru-paru (pneumonia), Middle-East Respiratory Syndrome (MERS), dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS). Untuk lebih jelasnya, berikut merupakan perbedaan gejala umum pada pengidap influenza dan Covid-19 :

Pengidap influenza umumnya merasakan hal-hal, seperti:

  1. Demam ( suhu tubuh diatas 38 derajat Celsius)
  2. Batuk berdahak
  3. Sesak napas
  4. Sakit tenggorokan
  5. Hidung tersumbat
  6. Muntah dan diare
  7. Nyeri otot

Namun, menurut penelitian, gejala dari Covid-19 muncul setelah 2 hingga 14 hari setelah terpapar oleh virus Corona. Pengidap Covid-19 umumnya merasakan beberapa ciri-ciri seperti :

  1. Batuk berdahak, dahak lebih kental dan berwarna kuning kehijauan
  2. Pernapasan cepat dan tak normal
  3. Badan lemas dan tak bertenaga
  4. Sesak napas
  5. Diare
  6. Nyeri sendi

Seseorang dapat tertular COVID-19 melalui berbagai cara, yaitu:

  • Tidak sengaja menghirup percikan ludah dari bersin atau batuk penderita COVID-19
  • Memegang mulut atau hidung tanpa mencuci tangan terlebih dulu setelah menyentuh benda yang terkena cipratan air liur penderita COVID-19
  • Kontak jarak dekat dengan penderita COVID-19, misalnya bersentuhan atau berjabat tangan

Virus Corona dapat menginfeksi siapa saja, tetapi efeknya akan lebih berbahaya atau bahkan fatal bila terjadi pada orang lanjut usia, ibu hamil, orang yang sedang sakit, atau orang yang daya tahan tubuhnya lemah.

Cara pencegahan yang terbaik adalah dengan menghindari faktor-faktor yang bisa menyebabkan Anda terinfeksi virus ini, yaitu:

  • Hindari bepergian ke tempat-tempat umum yang ramai pengunjung (social distancing).
  • Gunakan masker saat beraktivitas di tempat umum atau keramaian.
  • Rutin mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer yang mengandung alkohol minimal 60% setelah beraktivitas di luar rumah atau di tempat umum.
  • Jangan menyentuh mata, mulut, dan hidung sebelum mencuci tangan.
  • Hindari kontak dengan hewan, terutama hewan liar. Bila terjadi kontak dengan hewan, wajib mencuci tangan setelahnya.
  • Masak daging sampai benar-benar matang sebelum dikonsumsi.
  • Tutup mulut dan hidung dengan lengan bagian dalam atau tisu saat batuk atau bersin, kemudian buang tisu ke tempat sampah.
  • Hindari berdekatan dengan orang yang sedang sakit demam, batuk, atau pilek.
  • Jaga kebersihan benda yang sering disentuh dan kebersihan lingkungan, baik lingkungan di rumah, sekolah, tempat kerja, maupun fasilitas umum.

Untuk orang yang diduga terkena COVID-19 atau termasuk kategori ODP (orang dalam pemantauan), ada beberapa langkah yang bisa dilakukan agar virus Corona tidak menular ke orang lain, yaitu:

  • Jangan keluar rumah, kecuali untuk mendapatkan pengobatan.
  • Periksakan diri ke dokter hanya bila Anda mengalami gejala gangguan pernapasan yang disertai demam atau memenuhi kriteria PDP (pasien dalam pengawasan).
  • Usahakan untuk tinggal terpisah dari orang lain untuk sementara waktu. Bila tidak memungkinkan, gunakan kamar tidur dan kamar mandi yang berbeda dengan yang digunakan orang lain.
  • Larang dan cegah orang lain untuk mengunjungi atau menjenguk Anda sampai Anda benar-benar sembuh.
  • Sebisa mungkin jangan melakukan pertemuan dengan orang yang sedang sedang sakit.
  • Hindari berbagi penggunaan alat makan dan minum, alat mandi, serta perlengkapan tidur dengan orang lain.
  • Pakai masker dan sarung tangan bila sedang berada di tempat umum atau sedang bersama orang lain.
  • Gunakan tisu untuk menutup mulut dan hidung bila batuk atau bersin, lalu segera buang tisu ke tempat sampah.

Usahakan untuk #dirumahaja demi meminimalisir penularan virus Corona.

Sunday, January 10, 2021

The Opeb University Lab Tour

 



Berdasarkan video “The Open University 360 lab tour” yang ditayangkan, Dr. Jannet Summer dan Dr. Rob Sauders telah menunjukkan persekitaran makmal yang berkonsepkan makmal pelan terbuka.  Di makmal tersebut, mereka menjalan pelbagai kajian termasuk juga biokimia dan genetic molekul. Terdapat juga makmal kultur sel dan makmal yang memisahkan sentirufugal. Antara bahan-bahan yang terdapat dalam makmal tersebut ialah :

1. Blok Pemanasan Inkubasi.

2. Pengesan Radioakif.

3. Elektroforesis Gel.

4. Spektrokopi

Alat ini digunakan untuk mengukur penyerapan ultraviolet.

5. Penyejuk beku makmal

Digunakan untuk menyimpan bahan bahan kajian.


Faedah Aplikasi Bioteknologi kepada Masayarakat dan Negara

 Bioteknologi moden merupakan teknologi canggih yang telah membolehkan para saintis menerokai banyak peluang baru dalam pelbagai bidang seperti pertanian, makanan, perubatan dan rawatan sisa. Bioteknologi juga dapat mentransformasikan sesebuah negara menjadi  sebuah negara berteknologi pada masa kini. Aktiviti penyelidikan yang berkait dengan bioteknologi telah dikategorikan kepada tujuh sektor: bioteknologi tumbuhan, makanan, biologi molekul, perubatan, bio-farmasi dan bioteknologi industri/persekitaran. Bioteknologi juga dapat mebuatkan sesuatu tumbuhan  yang  secara genetik supaya lambat masak/tumbuh dan boleh juga mempercepatkan pertumbuhan sesuatu tumbuhan tersebut. Sama ada disukai atau tidak, dalam sedikit masa lagi, banyak produk bioteknologi akan berada di pasaran sesebuah negara. Selain daripada kemungkinan penghasilannya oleh pengusaha tempatan padamasa akan datang, produk bioteknologi daripada luar negara seperti makanan dan ubat-ubatan akan turut membanjiri pasaran. Secara tidak langsung ia dapat menjana ekonomi sesbuah negara dan member manfaat kepada masyarakat.

 

Langkah Pengawalan

 Bioteknologi moden merupakan teknologi canggih yang telah membolehkan para saintis menerokai banyak peluang baru dalam pelbagai bidang seperti pertanian, makanan, perubatan dan rawatan sisa. Sehubungan dengan itu, ia pasti juga mendatangkan risiko sekiranya ia tidak dikawal dengan betul. Seperti yang kita alami pada masa kini, iaitu Covid19. Ada sesetengah pendapat menyatakan virus tersebut merupakan buatan manusia yang mana ia termasuk dalam teknologi biokimia pada masa kini. Percaya atau tidak itu terletak pada seseorang tersebut. Justeru itu, kita perlulah membuat langakah pengawalan terhadap aplikasi bioteknlogi ini.

1)      Akta Pengawalan

Kerajaan perlulah membuat akta yang tertentu bagi mengawal aplikasi bioteknoligi ini supaya pihak tertentu tidak menyalah gunakan kemudahan bioteknologi ini untuk tujuan dan kepentingan tersendiri. Dalam masa yang sama dengan adanya akta ini, pengguna atau masyarakat akan merasa terjaga dan selamat.

 

2)       Menubuh Ajensi Khas

Menubuhkan agensi khas untuk mengawal penghasilan dan pengunaan aplikasi bioteknologi ini. Dalam masa yang sama, umat Islam juga dapat meperolehi kebaikan seperti pengesahan status halal sesuatu produk. Dengan adanya agensi yang mengawal pengunaan aplikasi bioteknlogi ini, sesuatu kajian dan pengahasilan produk juga akan terjamin kualiti dan keselamatannya.

 

3)      Memberi Kesedaran kepada Masyarakat

Pihak berwajib perlulah memberi mesej kesedaran kepada masyarakat agar aplikasi bioteknologi diterima oleh masyarakat dan langkah langkah penjagaan juga dapat diketahui oleh masyarakat. Pelbagai kaedah boleh diterapkan seperti, iklan di tv, iklan dia media sosial, kempen kesedaran dan lain lain lagi.

 

 Dengan adanya langkah pengawalan ini, masyarakat dan juga penguna akan rasa lebih terjamin terhadap aplikasi bioteknologi ini. Sekiranya langkah pengawalan ini diabaikan, pastinya pelbagai perkara buruk yang boleh terjadi terhadap sesubuah negara. Lebih baik mencegah dari merawat.

Thursday, January 7, 2021

MAJLIS AMANAT MENTERI PENGAJIAN TINGGI 2021

 




Pada tarikh 7/1/2021 telah diadakan sebuah majlis iaitu majlis amanat menteri pengajian tinggi 2021. Majlis ini telah diadakan di Dewan Za’aba, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tema bagi majlis ini ialah Menginspirasi Minda, Mendakap Kehebatan. Majlis ini disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad iaitu Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

            Menurut YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, telah banyak perkara yang pihak KPT berjaya laksanakan walaupun dalam situasi 2020 yang sangat kritikal disebabkan oleh pandemik Covid-19. Terdapat lapan subtema berserta contoh yang boleh dirumuskan oleh YB mengenai kejayaan-kejayaan tersebut. Subtema pertama yang disenaraikan oleh YB ialah Menyantuni Kebajikan, Memelihara Kesejahteraan dimana pihak KPT telah bertanggungjawab memainkan peranan dalam misi penghantaran pulang sebanyak 57,565 pelajar yang telah terkandas di kampus ke kampung halaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bagi bayaran balik pinjaman PTPTN yang memberi manfaat kepada 1.53 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan penangguhan bayaran balik sebanyak RM1.13 bilion. Kementerian juga telah memperuntukkan sebanyak RM4.12 juta bagi bantuan pelan data dan peranti khususnya untuk pelajar B40. Atas dasar ini juga, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah yuran di IPTA sekurang-kurangnya 15%.

            Subtema kedua ialah Meraikan Kepakaran, Mencipta Potensi, memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan fasilliti yang dimiliki oleh semua institusi di bawah kementerian. Sebagai contoh, hospital pengajar universiti telah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membuat sebanyak 49,542 ujian saringan serta mengendalikan 2780 orang Patient Under Investigation dan 508 pesakit yang positif Covid-19 sehingga Disember 2020. Sepanjang tempoh PKP juga, lebih 115 produk inovasi serta 27 aplikasi pengurusan Covid-19 berjaya dihasilkan oleh pihak IPT. Seterusnya ialah lima buah Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia buat pertama kalinya telah menunjukkan lonjakan ketara dengan berada dalam kelompok 200 buah universiti terbaik di dunia dalam penarafan QS World University Ranking 2021. Tiga buah universiti swasta iaitu Taylor’s University, UCSI University dan Universiti Teknologi Petronas berada dalam kelompok 500 universiti terbaik di dunia. 10 politeknik di Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan mengungguli Anugerah Emas dalam Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).

            Namun begitu, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi pada tahun ini. Antaranya ialah pelaksanaan untuk menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12. Tiga faktor utama yang perlu diberikan fokus iaitu pengukuhan ekosistem pengajian tinnggi, pemerkasaan TVET dan pengupayaan pendidikan swasta sebagai satu industri. Bidang-bidang fokus ini menuntut ketersediaan serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Seterusnya ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian. Dengan kekangan infrastruktur, liputan rangkaian dan peranti terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar telah sedikit sebanyak menyebabkan kelancaran pengajaran tersebut terbatas. Pada masa yang sama juga, kita perlu mengadaptasi kepada teknologi disruptif. Strategi perlu diatur agar IR4.0 yang mempu mengubah masa hadapan dunia pekerjaan dapat disantuni sebaiknya. Seterusnya adalah kebolehpasaran graduan dalam kalangan siswazah. Statistik menunjukkan kadar pengangguran negara pada suku tahun ketiga 2020 ialah sebanyak 4.7 peratus atau 741,600 orang. Kementerian mengujurkan seramai 116,161 graduan perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

            Terdapat strategi yang dinyatakan bagi mencapai tema KPT pada tahun ini. Antara strategi tersebut adalah memperkasakan agenda pendigitalan pendidikan. Sektor pendidikan tinggi yang bernilai melebihi RM35 bilion adalah antara sektor yang terjejas sepanjang tempoh pandemik. Seramai 1.2 juta pelajar termasuk 130,000 pelajar antarabangsa terkesan apabila aktiviti PdP tidak dapat dijalankan seperti sedia kala. Startegi seterusnya ialah memantapkan jaringan kolaborasi strategik. Menurut YB, terdapat nilai yang perlu diterapkan dalam organisasi yang dinamakan 5S. S yang pertama ialah SPEED iaitu kepantasan dalam bertindak dan melakukan sesuatu tugas. S kedua ialah SYNERGY iaitu kebersamaan kita dalam setiap tindakan yang kita ambil. S ketiga ialah SOLIDARITY iaitu menekankan keharmonian dalam jabatan, universiti awam dan agensi. S keempat ialah STRATEGIC dimana merujuk kepada amalan kita dalam melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan. S yang terakhir ialah STANDARD iaitu menfokuskan kepada penghasilan kerja, budaya kerja dan sikap yang mementingkan kualiti atau bersandarkan kepada tanda aras yang tinggi.



Sunday, January 3, 2021

Rogol Salah Siapa ?

 



Pada 7 Disember 2020 (Isnin) telah diadakan satu perbincangan webinar tentang T.I.K Talk Rogol Salah Siapa? Webinar ini adalah webinar luar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dikendalikan oleh seorang moderator dan empat orang panel iaitu

1.      Shamellya (Finalis Ratu Hijabista)

2.      Dira Abu Zahar (Aktivis Politik/NGO)

3.      Marina Ibrahim (Aktivis Politik/NGO)

4.      Aziah Awal (Pensyarah Undang-Undang/SUHAKAM)

Moderator: Farhan Khairuddin

Antara soalan dan ulasan:

a)      Moderator: Mukadimah bagi pihak Prof tentang isu keselamatan wanita dan persoalan tentang rogol salah siapa?

Prof Aziah Awal

-          Bagi saya isu rogol bukan isu baharu. Telah termaktub akta tersebut dalam undang-undang negara kita. Dari asasnya kita akan terikut dengan persepsi. Persepsi ini bahaya kerana rogol ini perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

-          Bagi saya rogol ini mudah dimana hubungan seksual yang dilakukan oleh seorang lelaki terhadap seorang perempuan di mana perempuan itu di mana bukan atas kehendaknya atau kebenarannya. Kalau dia bersetuju mungkin dia tidak faham sebagai contoh dia adalah gadis di bawah umur 16 tahun.

-          Dan bagi saya perogol adalah lelaki dan mangsa adalah wanita dan data yang selalu kita dapat mangsa semuda berumur 6 bulan sehingga orang tua yang berumur 70 tahun.

-          Serta bagi saya semua wanita berpotensi untuk dirogol dan lelaki berpotensi untuk merogol. Dan itu bagi say aitu adalah jenayah yang menyebabkan masalah mental yang boleh menyebabkan wanita itu membunuh diri.

-          Secara 80% statistic perogol adalah orang yang dikenali.

 

 

 

b)      Moderator: Anda seorang yang aktif dengan NGO, apakah ada isu yang mungkin terlibat dengan anda dan bagaimana ia perlu diurus sebagai seorang NGO

 

Marina Ibrahim

 

-          Kalau kita nak bantu orang dalam isu rogol, kita bukan hanya terlibat dengan NGO. Kita perlu melihat diri kita sendiri dahulu. Sebagai contoh, ada satu isu pencabulan dan rogol yang di mana isu ini didiamkan selama lebih kurang dari tahun 2011 apabila dia buat aduan ada wanita yang salahkan mangsa tersebut. Contoh netizen-netizen di facebook, mereka akan berkata “itu salah kau, kau yang nak” dan perkara ini tiada tindakan yang diambil dan menyebabkan wanita tersebut menghadapi masalah mental.

-          Apabila ada individu yang datang kepada kita bercerita tentang itu kita jangan menafikan ia kerana mula detik kita menafikan mangsa akan merasakan jika kawan aku sendiri yang aku cerita tidak percaya ini kan pula orang luar, berkemungkinan orang luar tidak akan percaya.

-          Jadi benda pertama kita perlu buat ialah kita perlu mendorong mangsa tersebut untuk memberanikan diri ke hadapan.

-          Walaupun kes itu sudah lama atau baru kita perlu bantu dia untuk kehadapan. Kita perlu meyakinkan dia untuk membuat laporan. Kalau dia tidak buat laporan kita yakinkan bahawa jika dia tidak berani ke hadapan dia mungkin seorang ya g pentingkan diri di mana perkara ini mungkin akan berlaku pada anak dia, kakak atau anak saudara dia atau orang lain.

 

c)      Moderator: Apabila orang bercakap stigma perempuan dirogol, netizen akan bercakap kenapa kau keluar dengan dia? Apa pendapat Mel?

 

Shamellya

 

-          Saya akan beri pandangan saya untuk perspektif remaja, belia dan mahasiswa di mana dunia sekarang tiada sempadan.

-          Pada permulaannya kita sebagai seorang mahasiswa, jika kita kenal dengan sesorang, kita tidak ada apa apa pengetahuan atau bayangan terhadap seorang.

-          Walaupun kita rasa kita selamat, tetapi jika perkara yang tidak diingini berlaku, kita tidak akan tahu. Masyarakat yang tidak berada di dalam situasi tersebut mestilah akan bercakap itu dan ini.

-          Sebagai perempuan yang terperangkap dalam situasi itu, kita akan bertanyakan semula perkara-perkara seperti kenapa aku ikut lelaki itu? Kenapa aku tidak sedar?

-          Dunia tanpa sempadan kini kita tidak sedar bahawa perkara itu baik atau buruk sehingga kita sendiri menghadapi situasi tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa kita perlu ada input supaya netizen-netizen diluar sana juga tahu dan ambil berat tentang perkara ini.

 

d)      Moderator: Sebagaimana survey yang kita dapatkan adalah 39% berlakunya rogol ini kerana berkasih, 38% kenalan, 11.8% sumbang mahram, 8.7% orang asing, 2% jiran, 0.1% tunang, 0.1% rakan sekerja dan majikan, 0.1% dukun. Majoritinya adalah kenalan dan kekasih. Apakah mesej yang perlu disampaikan untuk lelaki atau perempuan diluar sana dalam keadaan kita berkasih sayang dan berkawan?

 

Prof Aziah Amal

 

-          Tidak kira kita melayu, cina atau india, kita perlu beri had kepada pergaulan. Seperti yang kita tahu apabila ada pergaulan antara lelaki dan perempuan, aka nada ransangan-ransangan yang menyebabkan mereka terlanjur.

-          Berdasarkan pengalaman yang boleh dikongsi, sempat menemu bual seorang perogol bersiri di penjara. Kami bertanya dia bagaimana dia mendapatkan mangsa. Dia seorang yang “charming” dan berpendidikan tinggi. Dia berkata dia telah merogol 300 orang dan untuk kali yang 300 dia telah ditahan pihak polis. Mangsa sangat mudah untuk didapati. Dia akan pergi ke “shopping mall” dan “mengorat” dan dia tidak akan merogol mangsa pada hari pertama, dia akan berkenalan dan sehingga berani berjumpa orang tua mangsa tersebut. Seterusnya, dia akan mula untuk berpegangan tangan dan kemudian merogol. Apabila dia selesai melakukan perkara tersebut, dia akan mengelirukan mangsa tersebut seperti “bukankah awak yang nak tadi?” dan dia akan menghantar mangsa tersebut balik ke rumah dan akan tetap menghubungi tetapi semakin lama semakin berkurangan. Dia akan psikokan mangsa tersebut. Seterunya dia ditahan pihak polis dan dikenakan hukuman sebat dan penjara.

-          Nasihat saya, kalau nak keluar, biarlah berteman. Walaupun anda rasa ia tidak akan berlaku tetapi perlu ingat, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi.

 

e)      Moderator: Apakah semudah dengan kata-kata manis saya perempuan itu mudah dicairkan sehingga dia tumbang ke tangan lelaki yang dia tidak kenali? Apakah semudah itu perempuan percaya? 

 

Marina Ibrahim

 

-          Kes rogol bukan sahaja berlaku pada wanita dewasa tetapi kebiasaanya ia juga berlaku kepada kanak-kanak dan ia berlaku oleh orang yang kita kenal. Jadi, kita tidak boleh semudah itu berkata perempuan ini lemah kerana kadang-kadang perogol ini bijak bermain dengan psikologi dengan wanita yang berdamping dengannya.

-          Kita juga perlu beri penekanan terhadap kanak-kanak yang dirogol oleh orang yang mereka percaya dirumah sebagai contoh datuk, ayah, abang dan keluarga sendiri. Jadi kepercayaan yang diberi sepenuh ini disalah gunakan.

-          Ia bukan salah si mangsa tetapi ia sebagaimana si pelaku ini memanipulasi kepercayaan yang diberikan untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.

-          Terdapat satu kes dimana seorang kanak-kanak ditinggalkan oleh ibunya dirumah bersama bapa saudaranya kerana mempercayai bahawa tiada perkara yang akan berlaku tetapi bapa saudara ini merogol kanak-kanak ini. Apabila kanak-kanak ini pulang ke pangkuan ibunya dia menangis dan memberitahu dia sakit untuk membuang air kecil.

-          Jadi salah ini bukanlah saya letakkan bagi pihak lelaki tetapi ia bagaimana kepercayaan yang diberikan ini disalah gunakan oleh perogol ini.

 

f)       Moderator: Sebagai seorang pelajar atau pemimpin mahasiswi, apakah sebenarnya yang Mel lihat bagaimana kumpulan “civil society” ini untuk mengambil tempat sebagai pimpinan pelajar atau NGO? kerana perkara ini tidak konsisten berlaku di negara kita

Shamellya

-          Perkara ini berlaku apabila timbulnya isu ini barulah orang perkatakan, jika tidak semuanya akan diam sahaja.

-          Bagi saya orang-orang sedemikian tidak mempunyai platform seperti yang ada di luar negara ataupun mereka ini mempunyai idea-idea untuk dilontarkan tetapi takut, akan dikritik atau tidak didengari yang membuatkan isu-isu ini menjadi “seasonal”.

-          Jika ada gerakan yang boleh mambawa atau memberikan serta menjaga kebajikan ia digalakkan untuk berterusan dan konsisten. 

Thursday, December 31, 2020

COVID-19 PEMBARAH KESIHATAN MENTAL

 




Covid-19 pembarah kesihatan mental merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Ehwal Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki (KAB). Panel jemputan bagi webinar ini ialah Dr. Hilwa binti Abdullah dan Encik Shaiful Bakri Bin Mohammad (kaunselor di unit kaunseling hal ehwal pelajar). Webinar ini dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama ialah kaitan kesan pelaksanaan pkp dengan pengurusan emosi dan mental mahasiswa.           

            Menurut dr hilwa, pkp ini telah dijalankan dalam tempoh yang sangat lama. Disebabkan hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan yang mendalam terhadap mental dan emosi mahasiswa. Persoalannya, apakah itu kesihatan mental? Kesihatan mental ialah keadaan kesejahteraan seseorang individu. Sekiranya kita mempunyai kesihatan mental yang baik, kita akan dapat melakukan pekerjaan dengan produktif. Bagi encik shaiful pula, pkp ini telah mengubah cara hidup seseorang atau lebih dikenali sebagai norma baharu. Dalam proses menyesuaikan diri dengan norma baharu inilah merupakan saat-saat dimana kesihatan mental seseorang itu terganggu. Untuk melihat prestasi kesihatan mental kita, kita perlu muhasabah diri kita. Kita perlu lihat dalam tempoh pkp ini, bagaimana cara kita berfungsi.

            Apakah perbezaan di antara kesihatan mental dan penyakit mental? Dr hilwa menerangkan perbezaan antara kedua-dua ini ialah penyakit mental bermaksud apabila seseorang itu mengalami gangguan mental dari segi perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan kita bertingkah laku luar norma yang diterima oleh masyarakat. Jadi, kita sebagai seorang sahabat yang baik mestilah ambil tahu tentang rakan kita atau menjadi lebih prihatin terhadap rakan kita. Sebelum webinar ini dilakukan questionnaire telah diedarkan. Berdasarkan analisis tersebut, kaum wanita lebih cenderung untuk mempunyai gangguan mental. Persoalannya, adakah kaum wanita itu memang secara semula jadinya lebih cenderung untuk mempunyai gangguan emosi berbanding dengan kaum lelaki. Menurut encik shaiful, gangguan emosi ini tidak cenderung terhadap sesuatu jantina sahaja. Gangguan emosi ini bergantung kepada pengalaman individu itu sendiri.

            Antara punca tekanan terhadap pelajar sewaktu PKP adalah persekitaran yang tidak kondusif, tidak mempunyai pencapaian internet dan pengurusan diri yang tidak baik. Menurut Dr Hilwa, sosial media menyumbang sangat besar dalam kecenderungan remaja terhadap kemurungan. Sesi kedua ini menerangkan cara-cara pelajar untuk menyesuaikan diri dalam sistem belajar atas talian. Encik Shaiful menyatakan sebagai seorang pelajar, kita mesti menerima situasi yang berlaku ini dengan hati yang terbuka. Kita mesti ambil sesuatu isu daripada sudut yang positif. Cara kedua ialah mengetahui isu-isu yang akan timbul. Sebagai contoh isu capaian internet. Jadi pelajar ini akan cuba untuk mengatasi masalah ini agar sebarang gangguan emosi dapat dielakkan. Ketiga ialah peranti elektronik. Keempat ialah tempat yang kondusif. Pelajar perlu rancang sesuatu untuk atasi masalah tempat yang tidak kondusif. Kelima ialah jadual. Pelajar wajib ada jadual supaya pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab dan akan lebih teratur. Dengan adanya jadual juga akan mengelakkan kita daripada melakukan kerja di akhir waktu. Ketujuh ialah persediaan awal sebelum kelas. Pelajar boleh belajar dahulu sebelum kelas berlangsung.

            Adakah serangan panik ini berkait dengan penyakit mental? Serangan panik ini merupakan salah satu cabang kecelaruan kebimbangan. Antara simptom serangan panik ini ialah berpeluh yang sangat kuat dan degupan jantung semakin laju. Setiap kecelaruan ini mempunyai simptom yang tersendiri. Dr hilwa juga memberi pesanan kita agar tidak terlalu bergantung kepada internet untuk mengetahui situasi kita kerana hal ini akan lebih memberi pelajar kebimbangan tentang diri mereka. Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil inisiatif bagi membantu mahasiswa terutamanya yang memerlukan bimbangan kaunseling menerusi platform atas talian seperti tiktok dan telegram. Encik Shaiful memberi pesanan kepada pelajar dimana mendapat pertolongan bukanlah bererti anda lemah. Pusat kajian psikologi juga menawarkan servis psikologi kepada pelajar-pelajar UKM. Servis ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar secara percuma. Hal ini menunjukkan UKM sangat prihatin terhadap kesihatan mental pelajar-pelajar. Dr Hilwa menyatakan kemurungan ini boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Kemurungan ini tidak mengenal siapa kita.

            Menurut Encik Shaiful, cara untuk atasi keinginan untuk cederakan diri adalah secara tersebut. Langkah pertama ialah mengenalpasti sama ada keinginan ini berlarutan. Kedua ialah dengan cara berkongsi tentang masalah yang kita hadapi. Terdapat banyak platform yang disediakan untuk berkongsi. Ubah stigma dimana merasakan berkongsi masalah itu sangat tidak macho. Ketiga ialah dengan memenuhkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti lain seperti bersukan dan sebagainya. Keempat ialah dengan elak untuk bersendirian kerana bersendirian ini lebih cenderung untuk berfikir secara berlebihan. Bagi pihak ketiga pula, antara cara untuk kita menolong kawan kita yang mempunyai keinginan mencederakan diri ini dengan lebih mengambil berat dengan rakan mereka.

            Kesimpulan bagi program ini, Covid-19 ini memberi kesan sedikit sebanyak terhadap kesihatan mental pelajar-pelajar. Kita sebagai pelajar perlu mencari alternatif untuk menangani masalah-masalah kesihatan mental ini. Pada pendapat saya, webinar mengenai isu-isu kesihatan mental ini sangat penting dan perlu dititik beratkan kerana isu ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Saya percaya ada dalam kalangan kenalan kita yang mempunyai masalah-masalah mental ini. Jadi, program seperti ini banyak membantu mangsa malah kita sebagai rakan untuk sama-sama menyelamatkan mereka yang memerlukan.


Sunday, December 27, 2020

SUKSES DI UNIVERSITI ANDA YANG TENTUKAN

 


Webinar yang bertajuk Sukes di Universiti Anda Yang Tentukan! Anjuran Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESITRA) dengan Kerjasama Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM (PMFST) diadakan untuk meningkatkan motivasi dan kerohanian para pelajar universiti terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Webinar ini diadakan pada tanggal 27 November 2020 jam 9 malam yang disampaikan oleh Da’i Imran Zaki.

Menurut beliau, kejayaan tidak hanya diukur dari segi markah yang kita dapat. Markah peperiksaan bukan menjadi pengukur atau tanda sukses seseorang. Walaupun begitu, orang yang sukses ialah orang yang beradab. Definisi bagi adab ini ialah adab ini merupakan satu tindakan yang diletakkan pada tempatnya dan kesan daripada adab ialah adil. Sebagai contoh, kita buang sampah. Apabila kita membuang sampah merata-rata, kita tidak berlaku adil. Adil ini tidak dapat dicapai kerana kita tidak beradab. Pilihan untuk sukses adalah pilihan diri masing-masing. Imam syafie berkata kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan enam perkara.

Perkara yang pertama yang disebut ialah intelek. Intelek ini dalam erti kata lain ialah cerdik. Cara untuk mendapat intelek ialah dengan buat latihan seperti membaca dan sebagainya. Kedua ialah semangat ingin tahu terhadap perkara-perkara baru. Perasaan inilah yang membuatkan kita sentiasa ada dalam landasan yang betul. Ketiga ialah bersungguh-sungguh. Kita kena bekerja keras dalam cara yang bijak. Keempat ialah masa. Kita perlu ada batas dari segi nak tahu perkara baru akan tetapi jangan sampai abaikan tanggungjawab sendiri. Sebagai contoh, disebabkan ingin tahu perkara-perkara yang lain seperti isu semasa, kita lupa untuk meluangkan masa untuk menimba ilmu. Kelima ialah sentiasa berdamping dengan guru. Dengan cara berdamping dengan guru, kita akan lebih mengetahui tentang sesuatu ilmu kerana guru merupakan orang yang arif dalam bidang tersebut. Keenam ialah waktu yang panjang. Waktu yang panjang ini bermaksud tempoh untuk menimba ilmu ini memakan masa yang panjang bagi kita menguasai ilmu tersebut.

Menurut penceramah, terdapat tips untuk menngetahui sama ada kita sudah menguasai asas sesuatu ilmu atau tidak. Terdapat 10 prinsip yang dinyatakan. Pertama ialah definisi. Seandainya kita boleh hurai tentang definisi, kita sudah mengetahui ilmu itu. Kedua ialah topik perbincangan. Kita kena tahu apa subtopik-subtopik yang ada dalam ilmu itu. Ketiga ialah faedah kita belajar ilmu tu. Kita kena tahu faedah belajar ilmu tersebut maka kita akan merasakan penting untuk belajar tentang ilmu tersebut. Keempat ialah nisbah. Nisbah ini bermaksud kita tahu bila masa untuk menggunakan ilmu tersebut. Kelima ialah pengasas. Kita kena tahu sejarah tentang ilmu tersebut. Keenam ialah terma-terma yang digunakan dalam ilmu tersebut. Ketujuh ialah sumber. Kita mesti tahu dari mana sumber-sumber ilmu tersebut boleh dirujuk. Kelapan ialah hukum. Apakah hukum kita mempelajari ilmu ini. Kesembilan ialah permasalahan. Terakhir ialah kelebihan perkara yang kita belajar.

Zaman di universiti adalah zaman yang kita mempunyai masa yang sangat banyak. Pada waktu ini, kita kena gunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu memilih rakan-rakan yang betul supaya kita tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif sewaktu peringkat di universiti ini. Ayat quran yang pertama ialah bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptanya. Ayat pertama yang diturunkan ini mengenai tuntutan untuk menuntut ilmu. Belajar itu mestilah niat kerana Allah. Sekiranya kita lakukan ini, kita akan menjadi lebih rendah diri. Ayat terakhir dalam surah tersebut ialah sujud kepada Allah. Hal ini menunjukkan apabila kita belajar kerana Allah, kita tidak akan menjadi sombong.

Konteks keberkatan ini bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Sebagai contoh ialah keberkatan masa. Masa yang ada dapat menyelesaikan banyak perkara. Cara untuk mendapat keberkatan ialah solat di awal waktu. Kedua ialah meletakkan ibu bapa sebagai keutamaan kita. Makna kejayaan ialah dapat menjadi hamba yang baik. Maksud kejayaan ini bukanlah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan semata-mata. Kejayaan ini tidak mempunyai sesuatu ukuran yang spesifik. Nasihat yang diberikan janganlah berlalu sesuatu hari itu tanpa kita membaca buku dengan membaca alquran. Membuat sesuatu itu mestilah niat kerana Allah supaya diberkati dan mejadikan kita sebagai seorang yang rendah diri.

Kesimpulannya, webinar ini sangat memberi manfaat kepada saya dalam pelbagai aspek. Webinar ini berupaya untuk memberi kesedaran tentang saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Selain itu, program ini juga mengajar saya untuk mengetahui sama ada saya sudah menguasai sesuatu ilmu itu ataupun tidak. Webinar ini sangat bagus dan program seperti ini seharusnya dikekalkan agar dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang lain.


Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...