Thursday, January 7, 2021

MAJLIS AMANAT MENTERI PENGAJIAN TINGGI 2021

 




Pada tarikh 7/1/2021 telah diadakan sebuah majlis iaitu majlis amanat menteri pengajian tinggi 2021. Majlis ini telah diadakan di Dewan Za’aba, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tema bagi majlis ini ialah Menginspirasi Minda, Mendakap Kehebatan. Majlis ini disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad iaitu Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

            Menurut YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, telah banyak perkara yang pihak KPT berjaya laksanakan walaupun dalam situasi 2020 yang sangat kritikal disebabkan oleh pandemik Covid-19. Terdapat lapan subtema berserta contoh yang boleh dirumuskan oleh YB mengenai kejayaan-kejayaan tersebut. Subtema pertama yang disenaraikan oleh YB ialah Menyantuni Kebajikan, Memelihara Kesejahteraan dimana pihak KPT telah bertanggungjawab memainkan peranan dalam misi penghantaran pulang sebanyak 57,565 pelajar yang telah terkandas di kampus ke kampung halaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bagi bayaran balik pinjaman PTPTN yang memberi manfaat kepada 1.53 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan penangguhan bayaran balik sebanyak RM1.13 bilion. Kementerian juga telah memperuntukkan sebanyak RM4.12 juta bagi bantuan pelan data dan peranti khususnya untuk pelajar B40. Atas dasar ini juga, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah yuran di IPTA sekurang-kurangnya 15%.

            Subtema kedua ialah Meraikan Kepakaran, Mencipta Potensi, memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan fasilliti yang dimiliki oleh semua institusi di bawah kementerian. Sebagai contoh, hospital pengajar universiti telah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membuat sebanyak 49,542 ujian saringan serta mengendalikan 2780 orang Patient Under Investigation dan 508 pesakit yang positif Covid-19 sehingga Disember 2020. Sepanjang tempoh PKP juga, lebih 115 produk inovasi serta 27 aplikasi pengurusan Covid-19 berjaya dihasilkan oleh pihak IPT. Seterusnya ialah lima buah Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia buat pertama kalinya telah menunjukkan lonjakan ketara dengan berada dalam kelompok 200 buah universiti terbaik di dunia dalam penarafan QS World University Ranking 2021. Tiga buah universiti swasta iaitu Taylor’s University, UCSI University dan Universiti Teknologi Petronas berada dalam kelompok 500 universiti terbaik di dunia. 10 politeknik di Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan mengungguli Anugerah Emas dalam Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).

            Namun begitu, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi pada tahun ini. Antaranya ialah pelaksanaan untuk menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12. Tiga faktor utama yang perlu diberikan fokus iaitu pengukuhan ekosistem pengajian tinnggi, pemerkasaan TVET dan pengupayaan pendidikan swasta sebagai satu industri. Bidang-bidang fokus ini menuntut ketersediaan serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Seterusnya ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian. Dengan kekangan infrastruktur, liputan rangkaian dan peranti terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar telah sedikit sebanyak menyebabkan kelancaran pengajaran tersebut terbatas. Pada masa yang sama juga, kita perlu mengadaptasi kepada teknologi disruptif. Strategi perlu diatur agar IR4.0 yang mempu mengubah masa hadapan dunia pekerjaan dapat disantuni sebaiknya. Seterusnya adalah kebolehpasaran graduan dalam kalangan siswazah. Statistik menunjukkan kadar pengangguran negara pada suku tahun ketiga 2020 ialah sebanyak 4.7 peratus atau 741,600 orang. Kementerian mengujurkan seramai 116,161 graduan perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

            Terdapat strategi yang dinyatakan bagi mencapai tema KPT pada tahun ini. Antara strategi tersebut adalah memperkasakan agenda pendigitalan pendidikan. Sektor pendidikan tinggi yang bernilai melebihi RM35 bilion adalah antara sektor yang terjejas sepanjang tempoh pandemik. Seramai 1.2 juta pelajar termasuk 130,000 pelajar antarabangsa terkesan apabila aktiviti PdP tidak dapat dijalankan seperti sedia kala. Startegi seterusnya ialah memantapkan jaringan kolaborasi strategik. Menurut YB, terdapat nilai yang perlu diterapkan dalam organisasi yang dinamakan 5S. S yang pertama ialah SPEED iaitu kepantasan dalam bertindak dan melakukan sesuatu tugas. S kedua ialah SYNERGY iaitu kebersamaan kita dalam setiap tindakan yang kita ambil. S ketiga ialah SOLIDARITY iaitu menekankan keharmonian dalam jabatan, universiti awam dan agensi. S keempat ialah STRATEGIC dimana merujuk kepada amalan kita dalam melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan. S yang terakhir ialah STANDARD iaitu menfokuskan kepada penghasilan kerja, budaya kerja dan sikap yang mementingkan kualiti atau bersandarkan kepada tanda aras yang tinggi.



No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...