Sunday, January 3, 2021

Rogol Salah Siapa ?

 



Pada 7 Disember 2020 (Isnin) telah diadakan satu perbincangan webinar tentang T.I.K Talk Rogol Salah Siapa? Webinar ini adalah webinar luar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dikendalikan oleh seorang moderator dan empat orang panel iaitu

1.      Shamellya (Finalis Ratu Hijabista)

2.      Dira Abu Zahar (Aktivis Politik/NGO)

3.      Marina Ibrahim (Aktivis Politik/NGO)

4.      Aziah Awal (Pensyarah Undang-Undang/SUHAKAM)

Moderator: Farhan Khairuddin

Antara soalan dan ulasan:

a)      Moderator: Mukadimah bagi pihak Prof tentang isu keselamatan wanita dan persoalan tentang rogol salah siapa?

Prof Aziah Awal

-          Bagi saya isu rogol bukan isu baharu. Telah termaktub akta tersebut dalam undang-undang negara kita. Dari asasnya kita akan terikut dengan persepsi. Persepsi ini bahaya kerana rogol ini perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

-          Bagi saya rogol ini mudah dimana hubungan seksual yang dilakukan oleh seorang lelaki terhadap seorang perempuan di mana perempuan itu di mana bukan atas kehendaknya atau kebenarannya. Kalau dia bersetuju mungkin dia tidak faham sebagai contoh dia adalah gadis di bawah umur 16 tahun.

-          Dan bagi saya perogol adalah lelaki dan mangsa adalah wanita dan data yang selalu kita dapat mangsa semuda berumur 6 bulan sehingga orang tua yang berumur 70 tahun.

-          Serta bagi saya semua wanita berpotensi untuk dirogol dan lelaki berpotensi untuk merogol. Dan itu bagi say aitu adalah jenayah yang menyebabkan masalah mental yang boleh menyebabkan wanita itu membunuh diri.

-          Secara 80% statistic perogol adalah orang yang dikenali.

 

 

 

b)      Moderator: Anda seorang yang aktif dengan NGO, apakah ada isu yang mungkin terlibat dengan anda dan bagaimana ia perlu diurus sebagai seorang NGO

 

Marina Ibrahim

 

-          Kalau kita nak bantu orang dalam isu rogol, kita bukan hanya terlibat dengan NGO. Kita perlu melihat diri kita sendiri dahulu. Sebagai contoh, ada satu isu pencabulan dan rogol yang di mana isu ini didiamkan selama lebih kurang dari tahun 2011 apabila dia buat aduan ada wanita yang salahkan mangsa tersebut. Contoh netizen-netizen di facebook, mereka akan berkata “itu salah kau, kau yang nak” dan perkara ini tiada tindakan yang diambil dan menyebabkan wanita tersebut menghadapi masalah mental.

-          Apabila ada individu yang datang kepada kita bercerita tentang itu kita jangan menafikan ia kerana mula detik kita menafikan mangsa akan merasakan jika kawan aku sendiri yang aku cerita tidak percaya ini kan pula orang luar, berkemungkinan orang luar tidak akan percaya.

-          Jadi benda pertama kita perlu buat ialah kita perlu mendorong mangsa tersebut untuk memberanikan diri ke hadapan.

-          Walaupun kes itu sudah lama atau baru kita perlu bantu dia untuk kehadapan. Kita perlu meyakinkan dia untuk membuat laporan. Kalau dia tidak buat laporan kita yakinkan bahawa jika dia tidak berani ke hadapan dia mungkin seorang ya g pentingkan diri di mana perkara ini mungkin akan berlaku pada anak dia, kakak atau anak saudara dia atau orang lain.

 

c)      Moderator: Apabila orang bercakap stigma perempuan dirogol, netizen akan bercakap kenapa kau keluar dengan dia? Apa pendapat Mel?

 

Shamellya

 

-          Saya akan beri pandangan saya untuk perspektif remaja, belia dan mahasiswa di mana dunia sekarang tiada sempadan.

-          Pada permulaannya kita sebagai seorang mahasiswa, jika kita kenal dengan sesorang, kita tidak ada apa apa pengetahuan atau bayangan terhadap seorang.

-          Walaupun kita rasa kita selamat, tetapi jika perkara yang tidak diingini berlaku, kita tidak akan tahu. Masyarakat yang tidak berada di dalam situasi tersebut mestilah akan bercakap itu dan ini.

-          Sebagai perempuan yang terperangkap dalam situasi itu, kita akan bertanyakan semula perkara-perkara seperti kenapa aku ikut lelaki itu? Kenapa aku tidak sedar?

-          Dunia tanpa sempadan kini kita tidak sedar bahawa perkara itu baik atau buruk sehingga kita sendiri menghadapi situasi tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa kita perlu ada input supaya netizen-netizen diluar sana juga tahu dan ambil berat tentang perkara ini.

 

d)      Moderator: Sebagaimana survey yang kita dapatkan adalah 39% berlakunya rogol ini kerana berkasih, 38% kenalan, 11.8% sumbang mahram, 8.7% orang asing, 2% jiran, 0.1% tunang, 0.1% rakan sekerja dan majikan, 0.1% dukun. Majoritinya adalah kenalan dan kekasih. Apakah mesej yang perlu disampaikan untuk lelaki atau perempuan diluar sana dalam keadaan kita berkasih sayang dan berkawan?

 

Prof Aziah Amal

 

-          Tidak kira kita melayu, cina atau india, kita perlu beri had kepada pergaulan. Seperti yang kita tahu apabila ada pergaulan antara lelaki dan perempuan, aka nada ransangan-ransangan yang menyebabkan mereka terlanjur.

-          Berdasarkan pengalaman yang boleh dikongsi, sempat menemu bual seorang perogol bersiri di penjara. Kami bertanya dia bagaimana dia mendapatkan mangsa. Dia seorang yang “charming” dan berpendidikan tinggi. Dia berkata dia telah merogol 300 orang dan untuk kali yang 300 dia telah ditahan pihak polis. Mangsa sangat mudah untuk didapati. Dia akan pergi ke “shopping mall” dan “mengorat” dan dia tidak akan merogol mangsa pada hari pertama, dia akan berkenalan dan sehingga berani berjumpa orang tua mangsa tersebut. Seterusnya, dia akan mula untuk berpegangan tangan dan kemudian merogol. Apabila dia selesai melakukan perkara tersebut, dia akan mengelirukan mangsa tersebut seperti “bukankah awak yang nak tadi?” dan dia akan menghantar mangsa tersebut balik ke rumah dan akan tetap menghubungi tetapi semakin lama semakin berkurangan. Dia akan psikokan mangsa tersebut. Seterunya dia ditahan pihak polis dan dikenakan hukuman sebat dan penjara.

-          Nasihat saya, kalau nak keluar, biarlah berteman. Walaupun anda rasa ia tidak akan berlaku tetapi perlu ingat, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi.

 

e)      Moderator: Apakah semudah dengan kata-kata manis saya perempuan itu mudah dicairkan sehingga dia tumbang ke tangan lelaki yang dia tidak kenali? Apakah semudah itu perempuan percaya? 

 

Marina Ibrahim

 

-          Kes rogol bukan sahaja berlaku pada wanita dewasa tetapi kebiasaanya ia juga berlaku kepada kanak-kanak dan ia berlaku oleh orang yang kita kenal. Jadi, kita tidak boleh semudah itu berkata perempuan ini lemah kerana kadang-kadang perogol ini bijak bermain dengan psikologi dengan wanita yang berdamping dengannya.

-          Kita juga perlu beri penekanan terhadap kanak-kanak yang dirogol oleh orang yang mereka percaya dirumah sebagai contoh datuk, ayah, abang dan keluarga sendiri. Jadi kepercayaan yang diberi sepenuh ini disalah gunakan.

-          Ia bukan salah si mangsa tetapi ia sebagaimana si pelaku ini memanipulasi kepercayaan yang diberikan untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.

-          Terdapat satu kes dimana seorang kanak-kanak ditinggalkan oleh ibunya dirumah bersama bapa saudaranya kerana mempercayai bahawa tiada perkara yang akan berlaku tetapi bapa saudara ini merogol kanak-kanak ini. Apabila kanak-kanak ini pulang ke pangkuan ibunya dia menangis dan memberitahu dia sakit untuk membuang air kecil.

-          Jadi salah ini bukanlah saya letakkan bagi pihak lelaki tetapi ia bagaimana kepercayaan yang diberikan ini disalah gunakan oleh perogol ini.

 

f)       Moderator: Sebagai seorang pelajar atau pemimpin mahasiswi, apakah sebenarnya yang Mel lihat bagaimana kumpulan “civil society” ini untuk mengambil tempat sebagai pimpinan pelajar atau NGO? kerana perkara ini tidak konsisten berlaku di negara kita

Shamellya

-          Perkara ini berlaku apabila timbulnya isu ini barulah orang perkatakan, jika tidak semuanya akan diam sahaja.

-          Bagi saya orang-orang sedemikian tidak mempunyai platform seperti yang ada di luar negara ataupun mereka ini mempunyai idea-idea untuk dilontarkan tetapi takut, akan dikritik atau tidak didengari yang membuatkan isu-isu ini menjadi “seasonal”.

-          Jika ada gerakan yang boleh mambawa atau memberikan serta menjaga kebajikan ia digalakkan untuk berterusan dan konsisten. 

No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...