Thursday, November 19, 2020

Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad

Idola saya. ramai yang mempunyai idola masing-masing. Biasanya lelaki gemar menjadikan pemain bola sepak kegemaran mereka sebagai idola seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Safiq Rahim dan ramai lagi dan perempuan lebih gemar menjadikan artis artis wanita yang popular seperti Aida jebat, Dato' Siti Nurhaliza dan sebagainya sebagai idola mereka. Namun idola saya ialah seorang insan yang luar biasa, seorang pemimpin yang disayangi rakyat dan telah membawa Malaysia ke mata dunia. Beliau ialah Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

sumber gambar : google image
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad atau nama penanya 'Che Det dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau telah banyak membangunkan infrastruktur negara sehingga Malaysia dikenali di mata dunia.Antara projek-projek berprofil tinggi yang dibangunkan pada zaman pentadbiran beliau termasuk Jambatan Pulau Pinang,  Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
sumber gambar : google image
Bagi saya beliau merupkan seorang pemimpin yang berkarisma dan amat bijak apabila melakukan apa apa keputusan. Saya bersa amat bangga kagum dan tersentuh dengan semangat beliau yang sehinga ke hari ini walaupun sudah lanjut usia namun masih aktif dalam bidang politik. Sesungguhnya saya bersa bannga dan Malaysia bertuah kerana mempunyai beliau sebagai pemimpin kerana beliau telah banyak memajukan negara. Sememangnya gelaran 'Bapa Pemodenan' sesuai dengan beliau. 
sumber gambar : google image
Terlampau banyak jasa beliau untuk saya taipkan disini, cukuplah sekadar saya mengatakan tanpa beliau siapalah kita pada hari ini. Jasa-jasa beliau sememangnya telah diketahui di seantero dunia, bahkan jika dilihat dilaman media sosial, pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negara, ramai mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ialah pemimpin yang disegani oleh pensyarah-pensyarah mereka di luar negara dan dianggap sebagai seorang pemimpin yang patut dicontohi. Beliau adalah satu dalam sejuta.
sumber gambar :google image
Saya berharap dapat mencontohi beliau dan memajukanagar Malaysia menjadi sebuah negara yang aman maju makmur pada masa akan datang. Semoga lebih ramai pemimpin seperti beliau lahir di bumi Malaysia ini dan saya berdoa agar beliau sentiasa sihat walafiat dan dirahmati Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...