Thursday, November 26, 2020

HD Print

 Ramai lagi masih tertanya tanya ...

.
Apa sebenarnya HD Print dan bagaimana HD Print dihasilkan...? HD Print merupakan satu teknologi cetakan heatpress yang mengabungkan teknik silkscreen dan printing digital. Ia boleh menghasilkan kualiti pribt yang lebih berkualiti dan lebih teliti 
.
SILKSCREEN DAN DIGITAL PRINTING?
- HD dicetak dengan menggunakan Retina Film berkualiti tinggi.
- Blok silkscreen diperlukan untuk white base menggunakan Ink dan Adhersive yang telah diuji.
.
KETAHANAN?
- Melepasi ujian regangan (Stretch test).
- Ketahanan basuhan (menggunakan dobi layan diri- setting hot temp) melebihi 50 kali basuhan.
- Tidak mudah tanggal.

.
KELEBIHAN?
- Boleh menggunakan Sterika (sesuai untuk logo/design kecil).
- Masa press yang singkat (5 saat).
- Tidak perlu buang masa cungkil, potong.
- Tidak perlu beli mesin printer/plotter mahal yang perlukan maintanance setiap masa (No Weed, No Cut, Just Transfer).
- Tidak perlu top up material sekiranya kehabisan... (hantar je tempahan).
- Jimat masa dan tenaga dan wang.

.
BOLEH PRESS ATAS APA?
- T-shirt, bag, nonwoven, pvc, payung, leather, topi, tudung, lycra, microfibre, heavy cotton, fleece, kulit buku, canvas, nylon, Towel, non woven bag.
.












Sunday, November 22, 2020

BAPA KEMERDEKAAN



Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negaramasyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yangmempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan TanahMelayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politikiaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yangberwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan perananpenting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapatkemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpunsebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjayamenyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. 

Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunkutelah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaankepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkankemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpinyang unggul dan tersohor. 

Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan danBapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalamkalangan rakyat Malaysia.



Thursday, November 19, 2020

Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad

Idola saya. ramai yang mempunyai idola masing-masing. Biasanya lelaki gemar menjadikan pemain bola sepak kegemaran mereka sebagai idola seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Safiq Rahim dan ramai lagi dan perempuan lebih gemar menjadikan artis artis wanita yang popular seperti Aida jebat, Dato' Siti Nurhaliza dan sebagainya sebagai idola mereka. Namun idola saya ialah seorang insan yang luar biasa, seorang pemimpin yang disayangi rakyat dan telah membawa Malaysia ke mata dunia. Beliau ialah Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

sumber gambar : google image
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad atau nama penanya 'Che Det dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau telah banyak membangunkan infrastruktur negara sehingga Malaysia dikenali di mata dunia.Antara projek-projek berprofil tinggi yang dibangunkan pada zaman pentadbiran beliau termasuk Jambatan Pulau Pinang,  Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
sumber gambar : google image
Bagi saya beliau merupkan seorang pemimpin yang berkarisma dan amat bijak apabila melakukan apa apa keputusan. Saya bersa amat bangga kagum dan tersentuh dengan semangat beliau yang sehinga ke hari ini walaupun sudah lanjut usia namun masih aktif dalam bidang politik. Sesungguhnya saya bersa bannga dan Malaysia bertuah kerana mempunyai beliau sebagai pemimpin kerana beliau telah banyak memajukan negara. Sememangnya gelaran 'Bapa Pemodenan' sesuai dengan beliau. 
sumber gambar : google image
Terlampau banyak jasa beliau untuk saya taipkan disini, cukuplah sekadar saya mengatakan tanpa beliau siapalah kita pada hari ini. Jasa-jasa beliau sememangnya telah diketahui di seantero dunia, bahkan jika dilihat dilaman media sosial, pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negara, ramai mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ialah pemimpin yang disegani oleh pensyarah-pensyarah mereka di luar negara dan dianggap sebagai seorang pemimpin yang patut dicontohi. Beliau adalah satu dalam sejuta.
sumber gambar :google image
Saya berharap dapat mencontohi beliau dan memajukanagar Malaysia menjadi sebuah negara yang aman maju makmur pada masa akan datang. Semoga lebih ramai pemimpin seperti beliau lahir di bumi Malaysia ini dan saya berdoa agar beliau sentiasa sihat walafiat dan dirahmati Allah S.W.T.

Sunday, November 15, 2020

Tempahan Konvoi Motor

 


Alhamdulillah, kami dari Qimprinting dapat siapkan tempahan untuk pelanggan yang nak buat konvoi motor. Pelanngan katanya nak baju yang sesuai untuk naik motor, jadi kami syorkan dia untuk buat tempahan jersi "full sublimation". Design pun kami buatkan untuk pelanggan.



Selepas siap dan serah baju pada pelanggan, mereka sangat sangat berpuas hati dengan kualiti dari kami. Katanya kain best dan sejuk. Itulah kelebihan buat full sublimation ni, kain dia memang sejuk dan sesuai untuk bersukan dan macam macam lagi. Yang lagi menariknya, reka bentuk baju boleh buat ikut kehendak pelanggan.

Jadi anda diluar sana, jom buat tempahan baju anda dengan kami. Semestinya kualiti dan hasil dari kami dijamin puas hati. Boleh lawati kami di Facebook dan Instagram kami.

Thursday, November 12, 2020

Air Milo Lori

 

Waktu sekolah dulu kehadiran lori Milo ni memanglah ditunggu-tunggu. Selain dapat minum free, air Milo yang dibancuh ini juga sedap sangat rasa.

Beza sungguh dengan Milo yang kita bancuh sendiri. Macam mana ya mereka buat Milo nih?
Sebelum ada jer yang share caranya cuma sukatan yang dikongsi dalam jumlah satu tong. Kita bukan nak minum sampai banyak tu kan.

Tapi ada resipi bancuhan Milo ini dalam sukatan jag sesuai untuk satu famili. Resipi ini diperoleh dari pekerja yang sedang membancuh air Milo. Ada beberapa tip yang diturunkan.

TIP PENTING!
Suatu hari pergi 1 event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja Milo tengah bancuh air. Saya tanya napa air Milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.

Dia kata masa bancuh air perlu panas.
Campuran susu pekat manis sama ngan susu cair.
Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula.
Selamat mencuba ye !! jangan lupa tag saya di ig @qimsprinting

Monday, November 9, 2020

Nasi Goreng Asrama

 


NASI GORENG ASRAMA

Kali ini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng asrama walaupun peralatan memasak tidak lengkap. Biasanya, kita hanya menggunakan rice cooker untuk memasak nasi,namun rice cooker ini juga mempunyai pelbagai kegunaan. Kali ini kita akan menggunakan rice cooker untuk memasak nasi goreng bujang.

Bahan - bahan


  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah( di potong halus)
  • 3 biji cili padi ( mengikut citarasa)
  • Ikan belis
  • 1 Biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap
  • 3 Cawan nasi


Cara -cara 


Panaskan rice cooker dan apabila panas masukkan minyak mengikut keperluan. Selepas itu, tumiskan bawang merah dan bawang putih. Jangan lupa masukkan ikan belis dan cili padi, gaulkan sehingga sebati dan ikan belis bertukar warna. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula secukup rasa.


Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biarkan telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng. 


Ok siap nasi goreng bujang kita. Tengok masak guna rice cooker pun boleh, selamat mencuba..




TADAA!!

Thursday, November 5, 2020

Cara Basuh Baju Dengan Betul

 Macam mana korang cuci pakaian? Sebenarnya, nak cuci baju ni pun ada tatacara dan tertibnya. Jadi, tak ada lah pakaian cepat rosak. Jadi, hari ni kami nak kongsi dengan korang cara nak mencuci pakaian dengan sempurna.

 

#1 Asingkan Pakaian Mengikut Warna

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurnaSebaiknya basuh lah baju mengikut warna. Elakkan basuh baju berwarna putih dengan baju berwarna lain. Takut nanti warna fabrik tu luntur, habis bertompok baju putih tu.

#2 Asingkan Pakaian Mengikut Berat

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Kalau korang nak basuh pakaian seeloknya basuh baju mengikut berat terutama sekali mereka yang menggunakan mesin basuh. Jangan sesekali basuh baju dengan seluar jeans kerana baju yang nipis akan mengembang.

#3 Baca Label Pada Pakaian Sebelum Basuh

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Setiap baju mempunyai label yang menunjukkan bagaimana pakaian tersebut seharusnya dicuci. Dekat label tu ada maklumat suhu air yang sesuai digunakan dan lain-lain lagi. Jadi, kalau nak baju korang tu tahan lama dan sentiasa cantik, elok lah baca label dulu sebelum basuh.

#4 Tanggalkan Segala Benda Yang Ada Pada Pakaian

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Seeloknya sebelum korang basuh pakaian tanggalkan pin, brooch atau benda-benda lain yang boleh merosakkan fabrik.

#5 Kosongkan Dan Kalih Keluarkan Poket

ramai yang tak tahu, ini sebenarnya cara mencuci pakaian dengan sempurna

Untuk seluar atau pakaian yang berpoket, seeloknya kosongkan dan keluarkan poket tersebut. Iya lah, kalau ada kertas dalam poket tu nanti tak memasal cebisan-cebisan kertas tu melekat pada pakaian. Satu hal pula nak buang, kan? Jadi, kosongkan dan keluarkan poket tersebut.

Ok, yang ni benda paling penting untuk memastikan basuhan korang sempurna. Kalau tak ada benda ni, basuh lah macam mana cara sekali pun, tetap tak akan sempurna.

Sabun! Ini bahan yang paling penting untuk pastikan pakaian korang dibasuh dengan sempurna. Carilah sabun yang berkualiti untuk dapat hasil yang berkualiti.

Selamat Mencuba
QimPrinting

Monday, November 2, 2020

Apa itu DTG Printing >



 DTG (Direct to Garment) ada lah cetakkan baju yang mampu menghasilkan reka bentuk baju dengan kuantiti yang sedikit dan tiada had warna terhadap reka bentuk. Sesetengan tempat tidak dapat mengambil tempahan baju dengan kuantiti yang sedikit dan reka bentuk baju yang mempunyai pelbagai warna kerana ia memerlukan bajet yang tinggi. Dengan adanya "DTG Printing" ini, dapat menyelesaikan masalah pengguna diluar sana yang hendak mencetak baju dengan kuantiti yang minima.





Dengan Teknik DTG Printing (Direct to Garment)), dakwat khas terus dicetak keatas fabric menggunakan printer khas. Sama seperti teknik cetakan kertas, Cuma bezanya ia dicetak terus keatas fabric pakaian. Menggunakan dakwat khas (waterbase ink) yang boleh diserap oleh material pakaian. Kelebihan cetakan DTG adalah kerana ia tiada minimum order dan tiada limit warna cetakan. Boleh mencetak pelbagai jenis warna dalam satu design termasuk tone warna yang mempunyai gradient.

 Jika anda berminat untuk mencetak baju dengan kuantiti yang minima, boleh hubungi saya terus untuk maklumat lanjut. Proses siap mengambil masa 1-3 hari sahaja. Dan jangan lupa juga untuk like facebook page qimprinting dan follow instagram @qimsprinitng untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan cetak baju.

Tempajan Baju Coway

   Pada awal tahun 2021, kami di Qimprinting telah menerima tempahan baju dari kumpulan pekerja coway. Katanya baju ini hendak di pakai untu...